in

Mansa Musa: Pemerintah Islam Paling Kaya Dalam Sejarah, Elon Musk, Bill Gates & Jeff Bezos Pun Kalah!

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mansa Musa merupakan pemerintah pada kurun ke-14 Empayar Mali dan dikenali sebagai individu terkaya dalam sejarah. Kekayaannya terlalu besar sehinggakan kalau ambil kira inflasi pun dia masih lagi kaya dari gabungan kekayaan Elon Musk, Bill Gates dan Jeff Bezos tau!

Sebagai pemerintah wilayah yang merangkumi sebahagian besar Afrika Barat, pengaruh Musa turut menjangkau di luar sempadan empayarnya. Bukan sahaja kerana kekayaannya tapi juga sifatnya yang murah hati. Kalau nak kenal Mansa Musa ni, jom baca artikel dekat bawah!


Artikel berkaitan: 5 Orang Paling Kaya Dalam Sejarah, Bill Gates & Elon Musk Pun Jauh Ketinggalan!

Artikel berkaitan: 7 Selebriti Wanita Yang Lebih Kaya Dari Pasangan Mereka

Asal usul kekayaan Musa

Mansa Musa

Mansa Musa atau nama penuhnya Musa I dari Mali telah menaiki takhta pada 1312 di mana dia merupakan sultan yang ke-9. Pemerintahannya adalah ketika Empayar Mali berada di kemuncak di mana ia merupakan salah satu empayar terbesar dan berkuasa di Afrika pada masa itu.

Asal usul kekayaan Musa adalah disebabkan oleh hasil semula jadi empayarnya yang banyak lebih-lebih lagi emas. Mali merupakan pengeluar emas terbesar di dunia ketika pemerintahannya dan sebagai seorang maharaja, Musa telah mengawal kekayaannya sendiri.

Selain emas, Empayar Mali juga kaya dengan garam iaitu salah satu komoditi yang sangat berharga pada era tersebut. Lokasi empayarnya yang strategik juga turut memainkan peranan utama dalam laluan perdagangan trans-Sahara sekaligus mengukuhkan lagi kekayaannya melalui perdagangan emas, garam, gading, dan barangan lain.

Selain itu, di bawah pemerintahannya, empayarnya telah membesar sehingga melebihi 3,000km dari Lautan Atlantik sehingga Niger dan merangkumi lebih 24 bandar termasuk Timbuktu. Dilaporkan bahawa Musa tak pernah kalah dalam peperangan dan kebanyakannya, wilayah yang ditawannya rela untuk menyertai Empayar Mali ekoran kualiti hidup yang lebih tinggi.

Penghijrahan Musa ke Mekah

Mansa Musa

Kemahsyuran dan kekayaan Musa makin diketahui ramai selepas dia berhijrah ke Mekah pada 1324. Ketika itu, Musa telah menunaikan salah satu Rukun Islam iaitu Haji dan sekaligus merupakan pengembaraan yang mengubah persepsi dunia tentang kekayaannya.

Mana tidaknya, penghijrahannya ke Mekah dari 1324 hingga 1325 ini telah dianggap sebagai “penghijrahan yang paling mewah dalam sejarah manusia” tau!

Dikatakan, caravan yang dibawanya ke Mekah telah dipenuhi dengan puluhan ribu askar, hamba, dayang-dayang yang memakai baju sutera mewah dan perhiasan emas serta ratusan unta yang membawa emas dalam kuantiti yang banyak.

Ketika dalam perjalanan melalui Mesir, kemurahan hati Musa telah meninggalkan impak yang besar kepada ekonomi tempatan. Dia telah memberikan emas yang banyak ketika di Cairo sehingga besi di sana jadi tak ada nilai dan berlaku inflasi yang mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

Peristiwa ini sering disebut sebagai bukti kepada skala kekayaannya.

Impak kekayaan Musa terhadap budaya dan ekonomi

Images 8

Kekayaan Musa ini bukan hanya untuk ditunjuk-tunjuk, tapi ia mempunyai impak terhadap Empayar Mali. Pemerintahannya telah menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pendidikan, seni dan seni bina.

Selepas pulang dari menunaikan haji, Musa telah membuat misi untuk menghidupkan semula bandar-bandar pemerintahannya melalui kerjasama dengan ulama Islam termasuk dari keturunan Nabi Muhammad, penyair Andalusia dan seorang arkitek bernama Abu Es Haq dan membayar mereka dengan emas seberat 200kg untuk usaha mereka.

Sebagai seorang Muslim, dia telah menggunakan kekayaannya untuk membina masjid, perpustakaan dan universiti di seluruh empayarnya. Salah satu yang paling dikenali merupakan Universiti Sankore yang terletak di Timbuktu yang kini menjadi pusat pembelajaran Islam paling terkenal di dunia.

Pengaruh Musa juga turut meluas sehingga ke diplomasi dan perdagangan global. Penghijrahan dan kekayaan yang dipamerkan menyebabkan Mali terkenal di seluruh dunia Islam dan Eropah.

Kartografer pada masa itu mula memasukkan Mali dalam peta dan sering menggambarkan Musa memegang ketulan emas, melambangkan kekayaannya yang besar.

Legasi Mansa Musa

Mansa Musa 1

Empayar yang telah dibina atas dasar sumber yang banyak dan lokasi perdagangan yang strategik ini telah menjadi asas pembelajaran budaya di Afrika Selatan.

Walaupun nilai kekayaan Musa sukar untuk ditetapkan di dalam dunia moden, ia dianggarkan dapat mengalahkan semua orang terkaya di dunia pada hari ini.

Kisah Mansa Musa ini telah menjadi peringatan kepada orang tentang kuasa kekayaan yang mampu untuk membentuk sejarah dan kepentingan serta macam mana untuk menggunakan kekayaan bagi memupuk pertumbuhan budaya dan intelek.

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.