Apalah dosa seorang bayi kecil sehingga dibunuh kejam oleh bapa kandungnya sendiri.
Seorang bayi berusia lapan bulan ditemui mati di rumahnya Di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menyedihkan lagi, mayat bayi tersebut berada dalam keadaan menyayat hati apabila badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur.
Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami beberapa kesan lebam di bahagian badan dan paling teruk dileher kanan dan kiri mangsa.
Bapa kandung disyaki bunuh anak, dera isteri
Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman memaklumkan bapa kepada mangsa dipercayai telah membunuh anaknya sendiri dan penangkapan telah pun dilakukan.
“Berikutan dengan itu polis menahan bapa bayi tersebut yang bekerja kampung, berumur 40-an untuk siasatan lanjut,”
Pada masa yang sama, ibu bayi tersebut yang berusia 32 tahun turut mengalami lebam di bahagian badan dan masih dalam keadaan trauma. Dia telah dihantar ke Pusat Kesihatan Bachok untuk rawatan lanjut.
Manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), lapor Astro Awani.
Sedihnya bila dapat tahu berita macam ni. Bayi tak bersalah jadi mangsa. Kejam!