Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, malam tadi korang pasti tak dapat lelapkan mata kerana kira-kira dalam jam 3 pagi, hujan lebat turun bersama guruh dan petir yang berlanjutan hingga waktu Subuh.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di Facebook, lebih kurang 2.55 pagi semalam, mereka telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang bakal melanda negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hingga pukul 5.00 pagi ini.
Manakala bagi negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda hingga jam 6.00 pagi ini.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=283976487106006&set=a.228291302674525&type=3
Amaran yang sama juga dilihat kembali dikeluarkan MetMalaysia beberapa jam yang lalu melalui Facebook yang mengatakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda beberapa daerah di Selangor, Johor dan Sarawak hingga jam 11 pagi.
https://www.facebook.com/100064809693702/posts/284095683760753/?d=n
“Dah mula naik air” – Netizen
Susulan amaran yang dikeluarkan, netizen di media sosial meluahkan rasa kebimbangan mereka akan gelombang banjir yang akan tiba jika hujan kembali berlarutan seperti minggu lalu.
Malah ada juga yang mengatakan tempat mereka sudah mula dinaiki air semula dan ada juga yang sudah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
Sama-samalah kita berdoa semoga hujan ini tidak membawa kepada bencana banjir lagi. Semoga kita semua tabah menghadapinya.
Baca: Banjir Di Taman Sri Muda Mula Surut Lepas 30,000 Meter Padu Air Dipam Keluar