Namanya seringkali mendapat perhatian dengan sikapnya yang baik, dan berinspirasi di mata netizen, bagaimanapun baru-baru ini nama Khairul Aming terpalit dengan satu isu kurang enak yang melibatkan sikap sombong pembantu peribadinya.
Perkara itu mula dikongsikan oleh seorang pemuda di Twitter yang telah menghubungi PA influencer tersebut.
Manager TokTi pun tak kekwat macam kau
Dalam perkongsiannya itu, individu yang dikenali sebagai @_NazriH semalam, dia mendedahkan bahawa ramai yang pernah alami situasi sepertinya apabila mendapat layanan buruk oleh pembantu peribadi Khairul Aming yang dilabelkan ‘kekwat’.
Disebabkan itu, Naz yang merupakan peminat Khairul Aming sebelum ini terus jadi bengang, malah dia siap membandingkan sikap pengurus penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sikapnya jauh lebih elok berbanding dengan PA tersebut.
“Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia. Kekwat nak mampos. Aku contact Manager Tokti pun tak kekwat mcm kau.”
Dalam perkongsian tersebut lagi, Naz menyatakan setelah dia mula jelak dengan sikap PA tersebut, dia ingin berhubung secara terus dengan influencer tersebut, namun jawapan yang diberikan oleh PA itu sangatlah biadap.
Aku dah fed up. Aku pun cakap lah
“Boleh tak Saya nak cakap dengan influencer tu terus?”
Pastu PA puaka tu cakap
Haa apa2 berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya ye.Takpe ya kami tak berminat. Sebab kami pun busy nk shoot video lagi”
Biarpun dalam tweet asal tidak disebutkan namanya, namun begitu pastinya tagline yang diberikan itu sangat familiar. Dalam masa 13 jam, tweet yang meraih lebih daripada 670 jumlah perkongsian itu telah menarik perhatian netizen termasuklah Khairul Aming.
Respon Khairul Aming
Disebabkan itu, Khairul Aming ada komen tweet Naz dan memohon maaf atas pengalaman teruk berurusan dengan pihak pengurusnya.
Katanya, dia akan selidik kes ini kerana dia yang bertanggungjawab dalam memberikan tugasan untuk berurusan dengan klien kepada pengurusnya itu. Malah, dia akan uruskan hal ini secepat mungkin.
hi Naz, thank you for the feedback. saya mohon maaf for the bad experience you had with my manager. i overlooked this matter sebab saya delegate all communication with clients to him. I will go through all remaining queries personally and will sort out this matter asap🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) September 8, 2022
Dalam pada itu, ada juga netizen lain yang kongsikan pengalaman yang sama mereka lalui. Apa pun, harap Khairul Aming dapat selesaikan secepat mungkin agar dapat menjaga reputasi baik namanya.
Baca : Berjaya Buka Kilang & Cipta Peluang Pekerjaan, Tun Mahathir Kagum Kejayaan Khairulaming