Seramai 18 remaja dari Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Remaja yang berusia dari 18 tahun hingga 20 tahun ini berkata, mereka failkan semakan kehakiman terdapat perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurut Malaysiakini, remaja-remaja ini memohon deklarasi mahkamah mengenai tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tak rasional, tak sah dan tak berpatutan dan ia juga merupakan pencabulan terhadap hak pengundi,
Tak cukup dengan itu, mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi yang berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta meminta agar mahkamah membatalkan penangguhan tersebut.
Undi18 berpendirian teguh bahawa anak muda yang berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi.”
Remaja yang terlibat termasuklah aktivis muda Nurul Rifayah, Rifqi Faisal, Elisa Shafiqah dan Lim Yue Kin.