Sebelum ini, kecoh di media tentang seorang remaja, Davia Emilia yang bunuh diri selepas 69% followers mengundi “D” yang bermaksud die hingga membuatkan gadis ini nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Kuching, Sarawak.
Selepas kisah ini tular, ramai netizen yang marah dengan tindakan followers Davia kerana sanggup menggalakkan gadis ini untuk bunuh diri.
Bukan itu saja, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkapal Singh juga mengatakan sesiapa yang bertanggungjawab mengundi kematian remaja ini boleh didapati bersalah kerana bersubahat menggalakkan bunuh diri. Ramkapal juga meminta pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar yang menyebabkan kematian Davia.
“You guys who voted D is murderer”
Tak lama selepas berita ini tular, screenshot dari IG post Davia mula tersebar di media sosial. Macam yang korang tengok dekat bawah ni, post gadis ini tak menerangkan langsung maksud huruf D atau L.
Ekoran itu, beberapa netizen mula mempersoalkan yang mungkin orang-orang yang mengundi tak tahu pun maksud sebenar huruf tersebut.
Kalau betul orang yang vote “D” tak tahu pun maksudnya apa, memang tak boleh bayang rasa bersalah dorang lepas tahu kan?
Ada betulnya jugak, kalau admin tengok pun admin tak tahu maksud huruf tu apa so main pakai vote je lah kan?
So, memang tak fair kalau kita nak hukum dorang kalau dorang tak tahu maksud dia apa. Sekarang pun mungkin dorang tengah stress bila tahu dorang jadi punca kematian seseorang.
Harapnya pihak berkuasa boleh siasat betul-betul perkara ni.
Baca: “Wanna Quit Life” – Remaja 16 Tahun Bunuh Diri Lepas Followers Instagram Undi Dia Patut Mati