in

“Mana la dorang dapat idea ni?”- Ini 7 Restoran Dengan Konsep Paling Aneh Di Dunia

f3 unique restaurants

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan kedai makan dan restoran yang ada, pemiliki perniagaan sudah semestinya perlu menggunakan teknik pemasaran yang lain dari yang lain untuk menarik pelanggan.

Zaman sekarang ni, orang bukan sekadar pentingkan kualiti dan kesedapan makanan sahaja tau, malah dekorasi kedai pun kena tiptop.


Contohnya, kalau nak buka kafe, kafe tersebut perlulah ada dekorasi yang estetik dan cantik. Barulah budak-budak gen Z ni nak datang sebab dorang boleh ambil video dan gambar cantik-cantik untuk Instagram dan TikTok kan.

Jadi, kali ini, kami di Lobak Merah nak kongsikan dengan semua tujuh restoran dengan konsep yang paling pelik di dunia.

#1 Labassin Waterfall Restaurant, Filipina 

Untuk yang suka kan kedamaian dan alam semula jadi, memang patut datang ke restoran yang berlokasi di tepi air terjun ini.

13 1

Jangan risau, air terjun yang ada di restoran ini merupakan buatan manusia, jadi pelanggan boleh menikmati makan tengah hari dengan tenang tanpa perlu risau terjadinya fenomena kepala air.

Lagi menarik, pelanggan juga boleh makan sambil celup kaki dalam air tau.

#2 Restoran bertema hospital di Taipei 

Restoran di Taipei ini pula menarik perhatian ramai kerana pelayan wanitanya memakai uniform jururawat dan mereka akan menghidang minuman kepada pelanggan menggunakan drip.

#3 Ithaa Undersea Restaurant 

Restoran yang terletak di Maldives ini pula sesuai dikunjungi oleh anda yang gemarkan kehidupan laut.

12 1

Ini kerana ia merupakan restoran bawah laut, jadi anda boleh menikmati hidangan sambil melihat pelbagai spesies ikan berenang.

#4 Modern Toilet Restaurant 

Walaupun kini ada cawangan restoran ini yang telah ditutup, namun beberapa tahun dulu, restoran yang dibuka di Taiwan dan China ini pernah menjadi tumpuan kerana bertemakan tandas.

15

Dekorasi dalamannya tak ubah seperti sebuah tandas dengan adanya mangkuk tandas dan tab mandi.

Tempat duduk di meja makan pula menggunakan mangkuk tandas! Makanan juga ada yang dihidangkan menggunakan bekas atau pinggan yang berbentuk mangkuk tandas.

#5 Chillout Ice Lounge, Dubai 

Memandangkan Dubai merupakan sebuah tempat yang panas, jadi dengan adanya kafe sejuk ini, sudah tentu ia bakal menjadi kafe pilihan ramai pelancong asing dari Barat.

Bahagian dalam kafe ini dihias dengan pelbagai ukiran ais dan pengunjung juga akan diberikan jaket tebal sebelum masuk ke dalam tempat ini.

Antara minuman yang boleh dipesan ialah coklat panas untuk melegakan kesejukan badan pengunjung.

#6 New Lucky Restaurant, India 

Restoran di India ini pula mempunyai beberapa buah kubur Islam lama di dalam bahagian dalamnya.

Menurut pemiliknya, Krishnan Kutti, kubur tersebut telah ditutup dengan pagar besi agar pelanggan tidak akan merosakkan makam berkenaan, lapor Mail Online.

Difahamkan, pemilik kedai itu sendiri tak tahu milik siapa kubur berkenaan kerana ia merupakan kubur lama.

Krishnan memutuskan untuk membina kedainya tanpa merosakkan atau merobohkan kubur berkenaan.

11 1

Jadi, pemilik kedai itu dan pekerjanya dikatakan memang menjaga kubur itu dengan baik.

Menurut Krishnan juga, kewujudan kubur itu dalam kedainya telah membawa tuah kerana ramai pelanggan tetap datang untuk makan.

Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang terganggu dengan kubur tersebut.

#7 Dinner in the Sky 

Restoran Dinner in the Sky pula sangat unik dan mencabar kerana pelanggan akan menikmati hidangan sambil berada di udara.

Restoran ini terdapat di pelbagai lokasi seperti di Eropah, Dubai, USA, Kanada dan Australia.

Kalau tak silap, dekat Kuala Lumpur pun pernah ada restoran ini tau.

Tapi, kalau korang ada masalah gayat, tak payah la cuba-cuba nak datang ke restoran ni pulak sebab takut kalau muntah atau pening je nanti.

Baca: “Tak perlu marketing pelik”- Buat Tema Hantu, Kedai Char Kuey Teow Dikecam

10 1

Sumber: Mail Online
Sumber: news.com.au
Sumber: Mail Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.