in

“Mana boleh buang dkt situ” – Peniaga Buang Air Balang Ke Dalam Sungai Buat Orang Ramai Marah

3Balang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untung rugi adalah lumrah yang tidak boleh dielakkan ketika berniaga. Sudah menjadi resmi seorang usahawan dan rezeki juga telah ditentukan oleh Yang Maha Esa, apa yang kita boleh buat, redha sahaja lah.

Walau bagaimanapun, untuk melupuskan produk jualan yang tidak terjual atas apa jua faktor, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi terhadap alam sekitar.


Tular satu video dimana seorang peniaga air balang membuang air bancuhannya ke dalam sungai. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak senang orang ramai yang risau berlakunya pencemaran kepada alam sekitar. Korang boleh tengok video @isusemasaviral di bawah ni.

 

Mana boleh buang kat situ

Rata-rata netizen menyelar dan mengecam tindakan peniaga ini dengan pembaziran yang berlaku. Ada juga yang kurang senang dengan tindakannya yang membuang air ke dalam sungai. Ada yang mengatakan peniaga ini berbuat demikian kerana bahan bancuhan yang digunakan telah tamat tempoh.

Screenshot 2024 03 03 At 2.30.51 PmTak kisah lah sungai atau longkang, tapi tindakan peniaga ini boleh menyebabkan pencemaran. Rasanya kita kena didik rakyat soal pencemaran alam ni lebih lagi lah.

Screenshot 2024 03 03 At 2.31.20 PmRisau gak kalau tau-tau nanti ada surat saman sampai. Kita kalau nk berniaga tu boleh, tapi kena cakna gak dengan keadaan sekiling terutamanya alam sekitar. 

Screenshot 2024 03 03 At 2.31.36 PmYang penting jangan membazir. Kalau risau sekali pun untuk jual barangan yang tampat tempoh, ada cara yang sesuai untuk membuang sisa. Yang pastinya bukan buang ke sungai lah. 

 

Baca: “Marketing je tu” – Tular Video Peniaga Jual Air Balang Guna ‘Evian’, Netizen Luah Pendapat Sendiri

Screenshot 2024 03 03 At 2.30.32 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.