in

“Mana adab?” – Guru Kecewa, Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Dalam Soalan Peperiksaan

Sebab Boleh Jawab Exam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang guru apabila melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran.

Namun, baru-baru ini seorang guru meluahkan rasa kecewa apabila melihat jawapan yang ditinggalkan oleh seorang pelajar ketika menyemak kertas peperiksaan.


Menerusi video yang dipaparkan, menjadi kegusaran ramai pihak apabila melihat soalan dijawab dengan ayat ‘sebab boleh’ yang merupakan slang popular di media sosial ketika ini.

@muazsmd._

Pening

♬ bunyi asal – Muaz Samad – Muaz Samad

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut meluahkan rasa kesal dengan sikap sebilangan pelajar sekolah masa kini yang semakin hilang rasa hormat terhadap guru dan tidak ambil peduli tentang akademik masing-masing.

Dalam pada itu, menerusi hantaran seorang pengguna X (Twitter) turut berkongsi nasib yang dialami sepupunya yang juga seorang pendidik di sekolah.

“Tau tak apa yang cikgu-cikgu tengah runsingkan sekarang?

“Bila students jawab ‘sebab boleh cikgu’ dalam kelas dan dalam kertas ujian. Cousin aku dah menangis dah sebab rasa exhausted.

“Bila anak-anak consume banyak media sosial tanpa tapisan, kejahilan perlahan datang menyapa,” katanya.

Netizen juga beranggapan pengaruh media sosial telah memberi kesan negatif kepada anak-anak sehingga sanggup bersikap acuh tidak acuh dengan guru dan ilmu pengetahuan.

Sehubungan itu, ramai meluahkan kebimbangan terhadap tahap pendidikan generasi muda dan berharap pihak berwajib mengembalikan semula peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3 agar para pelajar ada objektif yang boleh dicapai sepanjang tempoh persekolahan.

Baca: “Out of the box!” – Bina Kotak ‘Barbie’ Untuk Mengajar, Cikgu Ini Terima Pujian Netizen
Cikgu Barbie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.