in

“Mana ada plastik dalam nasi tu” – Lelaki Ini Perjelas Video Viral Kononnya Nasi Lemak Plastik, Tapi Rupanya…

feature image nasi lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni viral di Twitter video berdurasi 1 minit 49 saat mengenai nasi lemak yang dikatakan di buat menggunakan plastik? Ehh biar betul?

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1203973506511147008?s=20


Video itu menunjukkan ada individu yang menggumpal nasi lemak tersebut sehingga membentuk seakan-akan sebiji bola tennis dan kemudiannya dia membaling gumpalan nasi tersebut.

Hasil balingan gumpalan nasi tersebut, jelas kelihatan ia melantun kembali dan secara tidak langsung ia terus disifatkan sebagai nasi plastik.

plqw5o
Sumber: Twitter

Namun berdasarkan video viral tersebut, seorang lelaki yang dikenali sebagai @IzzRaifHarz telah memberi penjelasan mengenai isu nasi lemak plastik.

Menurut dia, mitos nasi lemak plastik seperti yang diviralkan itu adalah tidak wujud kerana sifat kanji yang ada dalam nasi itu sendiri membolehkan ia membentuk menjadi bebola apabila di gumpalkan.

Haa ni lagi penjelasan daripada dia! Jangan tak baca.

nasik2
Sumber: Twitter

Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama ada pihak yang claim bahawa nasi di perbuat daripada plastik dan banyak kajian telah dilakukan bagi mengatasi isu ini.

nasik 3
Sumber: Twitter

Haa korang dah faham belum pasal nasi plastik? Lagi satu, kenapa dia nak kena gumpul-gumpul nasi tu sampai jadi bebola? Baik makan je. Kenyang pun kenyang.

 

Baca: “Dia terus pakai dari lauk masak lemak” – Cuma RM6, Nasi Goreng Daging Salai Di Dengkil Ni Buat Netizen Terliur

masak lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.