Korang mesti dah selalu tengok mak kat rumah melaram dengan barang kemas, lagi-lagi kalau nak pergi kenduri atau musim raya, memang dorang akan pakai gelang tersayang yang selalunya disimpan dalam almari je.
Namun, lelaki dari Vietnam ini juga mempunyai hobi yang sama, iaitu obses dengan perhiasan emas, sehingga dia dikatakan akan memakai barang kemas sehingga dua kilogram hampir setiap hari, lapor Oddity Central.
Dikenali sebagai Tran Duc Loi, usahawan Vietnam ini telah memenuhkan kehidupan sehariannya dengan emas sebab dia percaya ia boleh menarik tuah dan nasib baik untuk perniagaannya.
Selain memakai gelang, rantai dan cincin emas, ada bahagian motosikalnya turut dibalut dengan warna emas.
Lelaki berusia 39 tahun ini mengatakan pada mulanya dia hanya pakai beberapa barang kemas sahaja namun lama-kelamaan jumlahnya semakin bertambah. Tipulah kalau dia kata benda tu tak berat tapi lama-lama dah jadi biasa.
Di samping itu, dia ada juga kongsikan tentang kereta Lexus miliknya yang telah ditukar jadi warna emas di TikTok. Jumlah cincin yang dipakai setiap hari pula 10, maknanya setiap jari ada cincin.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan cara lelaki ini yang kongsikan gaya hidupnya sebab mungkin boleh beri contoh yang tidak baik pada anak muda di Vietnam.
Walau bagaimanapun, ada juga yang suka tengok hidup Tran Duc Loi dan berharap mereka pun boleh kumpul emas banyak-banyak sepertinya.
Tapi untuk lelaki Muslim pula, ingat, korang tak boleh pakai emas tau.
Sumber: Oddity Central
Baca: Mak Pelik Tengok Barang Kemas Dekat Rumah Asyik Hilang Je, Rupa-rupanya…