in

Mamat Sepah Mohon Maaf Terlanjur Menyampuk Dalam Podcast Bersama Ustaz Syamsul Debat

8sm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Mamat Sepah tampil memohon maaf kepada pendakwah terkenal, Ustaz Syamsul Debat susulan video tular memaparkan dirinya menyampuk semasa sesi podcast baru-baru ini.

Menerusi tangkap layar mesej WhatsApp yang dikongsikan di Instagram Story, Mamat memohon maaf secara peribadi atas insiden itu.


Screenshot 2025 05 25 at 2.16.15 PM

Salam ustaz… saya minta maaf kat ustaz… disebabkan saya viral pula isu ustaz dengan saya di media sosial… lagi sekali saya mohon maaf sangat-sangat.”

Ustaz Syamsul pula dilihat membalas secara tenang:

Tak adalah. Bukan apa pun. Dia orang saja nak heboh-hebohkan. Kita ni borak hari tu aje.”

Terdahulu, netizen mengecam tindakan Mamat selepas klip pendek tular menunjukkan Ustaz Syamsul menegur pelawak itu secara terbuka kerana menyampuk, dengan menyifatkan ia sebagai perbuatan “tidak cerdik”.

Kejadian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ada yang menyokong teguran Ustaz Syamsul, manakala sebahagian mempertikaikan sikap Mamat ketika sesi podcast.

Sumber: Astro Awani

 

Baca: “Yang tak cerdik ni jangan tunjuk” – Asyik Mencelah Ketika Bercakap, Mamat Sepah Kena Tegur Dengan Syamsul Debat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.