in

“Mama, saya takut” – Duta Ukraine Dedah Mesej Askar Rusia Sebelum Terbunuh Dalam Perang

Collage 7

Konflik yang berlaku antara Ukraine dan Rusia masih berterusan sehingga ke hari ini. Ekoran Presiden Rusia yang bertekad untuk melancarkan perang ke atas Ukraine, angka kematian untuk kedua-dua negara ini makin meningkat.

Terbaru, ketika bercakap dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Duta Ukraine Sergiy Kyslytsya telah membacakan mesej-mesej terakhir yang ditemui di dalam telefon bimbit milik askar Rusia yang terbunuh.

“Mama, saya takut”

Berdasarkan terjemahan, mesej ini bermula apabila ibu kepada askar Rusia yang terbunuh itu bertanya tentang di mana anaknya berada sekarang kerana ayahnya ingin menghantar bungkusan.

Askar Rusia ini kemudiannya memberitahu yang dia kini dah tak jalani latihan tapi berada di Ukraine dan sedang bertempur dalam perang. Korang boleh baca terjemahan perbualan dorang dekat bawah ni:

Kenapa lama sangat nak respon? Kamu masih buat latihan ke?

Ma, saya dah tak ada dekat Crimea. Saya dah tak buat sesi latihan.

Jadi kamu dekat mana sekarang? Papa tanya boleh tak kalau dia nak hantar parcel?

Parcel macam mana yang mama nak hantar? Saya rasa nak bunuh diri sekarang.

Kamu cakap apa ni? Apa yang berlaku?

Ma, saya dekat Ukraine. Sekarang tengah berlaku perang sebenar dekat sini. Saya takut. Kita bom semua bandar. Malah, orang awam pun kita target. Dorang (Rusia) cakap mereka (Ukraine) akan sambut kitaorang tapi dorang jatuhkan diri depan kereta kebal dan tayar sebab tak nak bagi kitaorang masuk. Dorang panggil kita fasis. Mama, susahnya.

Fmsmcboxiaqhljg

Menurut New York Post, tujuan Duta Ukraine ini membacakan mesej terakhir Askar Rusia ini adalah supaya hati dan fikiran Vladmir Putin dapat berubah. Malah turut didedahkah, beberapa askar Rusia mendakwa yang dorang sendiri tak tahu yang dorang dihantar ke Ukraine untuk berperang.

Bukan tu je, Kyslytsya turut mengecam tindakan Putin yang mengatakan mereka ingin meletakkan pasukan nuklear Rusia dalam keadaan berjaga-jaga. Duta Ukraine ini menyifatkan tindakan Putin ini sebagai cubaan membunuh diri.

Kalau dia nak bunuh dirinya sendiri. Dia tak perlu gunakan senjata nuklear. Dia sepatutnya buat seperti lelaki di Berlin (Adolf Hitler) yang bunuh dirinya dalam kubu pada Mei 1945.”

Harapnya peperangan ini dapat ditamatkan segera. Kesian orang awam dan kanak-kanak yang terkorban…

 

Baca: “Berani gila!” – [VIDEO] Lelaki Ukraine Selamba Alih Periuk Api Guna Tangan Je!

Collage 1