Kisah Ainul Mardhiah pernah menjentik hati rakyat Malaysia tahun lalu apabila mengalami ‘Germ Cell Tumor’ seberat 200 gram pada bahagian mulut.
Malah si kecil itu turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut mengambil inisiatif mengaturkan pembedahan bayi itu di Hospital Kanak-Kanak London.
Kini, Ainul Mardhiah kini berusia setahun sepuluh bulan semakin menunjukkan perkembangan yang positif apabila berjaya menyebut perkataan pertamanya iaitu ‘mama’.
“First word ainul, ” Mama “. Alhamdulillah, Setahun sepuluh bulan.”
Menerusi kapsyen posting Facebook bapa Ainul Mardhiah, jelas meluahkan perasaan syukur dengan perkembangan anaknya itu.
https://www.facebook.com/100000416024242/posts/3390655494291618/?d=n
Video yang hanya berdurasi 3 saat ini cukup membuatkan hati netizen tersentuh dan gembira dengan perkembangan Ainul Mardhiah sekarang.
Rata-ratanya mendoakan agar Ainul Mardhiah membesar dalam keadaan sihat dan bijak.
Min doakan agar adik Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik.. amin.
Baca: Comelnya rambut baru Ainul – Dr. Amalina Kongsi Perkembangan Terkini Adik Ainul Mardhiah