in

“Malunya!” – Pelajar ‘Sekolah Pondok’ Kantoi Bercinta Dihukum Keliling Naik Kereta Sorong Depan Orang Ramai

KENA DENDA NAIK KERETA SORONG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya ketika di sekolah, murid yang nakal atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan ada didenda dengan cara berdiri di atas kerusi, berjalan itik keliling sekolah, disuruh buat karangan panjang dan banyak lagilah.

Namun, berbeza pula dengan satu perkongsian video yang telah dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels. Rakaman berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pelajar lelaki menolak seorang pelajar perempuan di atas sebuah kereta sorong di pekarangan sebuah pusat tahfiz atau pesantren.


1 3

Pelajar lelaki tolak pelajar perempuan pakai kereta sorong.

Pelajar perempuan itu dilihat sedang duduk sambil menundukkan kepala. Mereka telah diarahkan untuk mengelilingi kawasan itu sebagai satu bentuk hukuman kerana bercinta.

Dalam video tersebut, baju kedua pelajar terbabit dilekatkan dengan tulisan difahamkan ditulis tentang apa kesalahan yang mereka lakukan.

Pelajar lelaki itu dilihat menolak kereta sorong tersebut sekuat hatinya manakala pelajar perempuan berkenaan hanya diam diri kerana malu. Kelihatan pelajar-pelajar lain yang merupakan penuntut pusat tahfiz tersebut mengelilingi lokasi berkenaan. Ada yang kelihatan ketawa melihat pasangan itu menerima hukuman.

8

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang bersetuju dan ada juga netizen mengatakan yang denda ini seharusnya tidak dilakukan kerana ia hanya akan mengaibkan pelajar.

KOMEN 3

Apa pendapat korang dengan cara hukuman begini? Boleh dibuat atau hanya akan memalukan pelajar?

Baca: “Solat Tarawih Di Sekolah Pondok Ini Ambil Masa 8 Jam, Baca 1 Juzuk Al-Quran Setiap Rakaat”

z 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.