Sifat membuang sampah merata-rata masih lagi wujud dalam kalangan rakyat Malaysia, hal ini bukan sahaja mengotorkan negara kita malah boleh jadi kepada pencemaran alam.
Baru-baru ini perkongsian seorang lelaki yang berasal dari Jepun, Nana yang menetap di Malaysia telah kongsikan mengenai ‘4,500 puntung rokok’ yang dikutipnya hanya dalam tempoh 1 jam.
Perkongsian itu dibuat melalui akaun Twitter miliknya, katanya dia bersama Trash Hero Putrajaya telah mengutip ribuan puntung rokok dalam tempoh satu jam setengah pada awal tahun ini di sekitar Putrajaya.
https://www.facebook.com/672446356483490/videos/497920207526423
Kita sendiri boleh lihat betapa banyaknya puntung rokok yang bersepah dekat tepi jalan, kalau dalam sungai agaknya berapa banyak?
Sebelum ini, kumpulan sukarelawan itu turut berjaya mengutip kira-kira 202 kg sampah di sekitar lokasi Cyberjaya.
Antara sampah yang mereka telah kutip seperti botol, bekas plastik snek, dan puntung rokok.
Tolonglah jaga kebersihan di negara kita, kalau bersih kita sendiri yang untung betul tak?