Comel, itu antara reaksi netizen yang terhibur apabila melihat video seekor gajah jinak yang kini sedang tular di media sosial. Dalam masa 11 jam dimuat naik, video ini telah meraih sebanyak 422.8K tontonan di TikTok.
Menerusi video itu, dilihat gajah yang dinamakan sebagai Pian sedang mengambil masa untuk naik ke atas lori, tidak seperti sebelum ini.
Artikel berkaitan: “Nak tunjuk King” – Ramai Berang Pemandu MyVi Cuba Pecut Depan Gajah
Artikel berkaitan: Gajah ‘Melawat’ Kedai Runcit, Sempat Ambil Beberapa Pek Makanan
Perut pian tengah memulas
Pian juga dillihat seperti tak selesa ketika naik ke atas lori, siap beberapa kali mengubah caranya untuk naik dengan mengundur dan kemudian naik menerusi cara hadapan.
Namun rupa-rupanya, sebab Pian mengalami ketidakselesaan itu terbongkar apabila haiwan ini dilihat ‘membuang beberapa das’ sebelum dengan mudahnya naik ke atas lori.
Kedengaran orang ramai yang berada di sekeliling bersorak gembira dengan telatah gajah tersebut.
@bercakapdengangajah sebelum naik lori kalini pian amik masa lama..rupa rupanya sebab perut pian tak selesa..Bermula pian naik mengundur..eh ingatkan style baru..Setelah pian melabur beberapa das..lepas tu barulah pian naik atas lori cara biasa…sihat selalu ye pian.. #putrajayaopenday2026
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen faham dengan situasi Pian dan masing-masing terhibur apabila melihatnya.

Dalam video tersebut difahamkan Pian kini berada di Putrajaya sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang bermula pada 29 Januari hingga 1 Februari nanti.
Difahamkan acara tersebut mempamerkan beberapa acara termasuklah pameran daripada Jabatan Perhilitan.
