in

Malaysia Tidak Lagi Bebas Risiko Gempa Bumi – KetSA

gempa bumi malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu kita mendengar dakwaan yang mengatakan negara kita bebas daripada ancaman gempa bumi kerana berada di luar Lingkaran Api Pasifik, mungkin kini tidak lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ketSA) baru-baru ini memaklumkan Malaysia tidak lagi sepenuhnya bebas daripada risiko gempa bumi.


Ia berdasarkan kepada bukti empirikal bahawa kesan gempa bumi di negara ini adalah berpunca gempa bumi dari jarak jauh dan tempatan.

Ini dapat dilihat apabila kejadian gempa bumi jarak jauh di Semenanjung Malaysia berpunca dari sepanjang jalur Subduksi Plat India-Australia dan Plat Eurasia, manakala di Sabah dan Sarawak adalah dari sepanjang jalur Subduksi Plat Filipina dan Plat Eurasia.

Tambahnya, magnitud gempa bumi boleh mencapai magnitud 6 bergantung kepada saiz garis sesar kuno yang diaktifkan.

ring of fire earthquake

Malaysia sudah alami beberapa gegaran gempa bumi kuat

Sebelum ini, gegaran gempa bumi kuat yang berpusat di Malaysia pernah berlaku pada magnitud 6 hingga 6.3 yang melanda Sabah pada 1923, 1958, 1976 dan 2015, manakala gegaran terkuat di Sarawak bermagnitud 5.3 berlaku pada 1994.

Di Semenanjung pula, beberapa siri gegaran gempa bumi yang berpusat di Bukit Tinggi, Pahang; Empangan Kenyir, Terengganu; Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Manjung dan Temenggor di Perak dengan julat magnitud antara 1.6 hingga 4.6 sejak 1984 hingga 2013.

Dalam pada itu, ketSa juga meminta orang ramai perlu peka dengan arahan yang dikeluarkan sekiranya berlaku risiko bencana itu.

Terdahulu, sejak beberapa siri gempa bumi yang berlaku di Turki, Jepun dan Indonesia dalam tempoh dua bulan lalu, ada beberapa pakar memberi peringatan untuk bersiap sedia menghadapi risiko gempa bumi berskala besar.

Pun begitu, kejadian gempa bumi merupakan sesuatu bencana yang tidak boleh diramal mengenai kedudukan serta magnitudnya. Kekuatan gempa bumi itu hanya mampu diramal semasa bencana tersebut sedang berlaku, menurut MetMalaysia.

Jadinya, kita hanya mampu bersedia menghadapi gempa bumi ini dengan mengikut beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap bencana ini seperti yang disediakan oleh MetMalaysia.

Tak terbayang, jika berlaku ramalan gempa bumi berskala besar di sini…

Baca: “Bagaimana pula di hari Qiyamat” – Netizen Gerun Lihat Perubahan Wilayah Di Turkiye Lepas Gempa Bumi
wilayah turkiye berubah lepas gempa bumi

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.