Satu laporan bertajuk ‘Expat Nations 2023’ yang disediakan oleh Next Shark baru-baru ini telah menyenaraikan destinasi terbaik dan terburuk oleh ekspatriat.
Laporan berkenaan telah diterbitkan oleh Internations, sebuah komuniti global terbesar untuk mereka yang menetap dan bekerja di luar negara berdasarkan tinjauan yang telah diadakan kepada lebih daripada 12,000 ekspatriat yang mewakili 171 warganegara yang tinggal di pelbagai negara.
Menurut Internations lagi, fokus kajian berkenaan adalah 56 aspek kehidupan ekspatriat di negara-negara tersebut. Antaranya kos sara hidup, ketersediaan perumahan, prospek kerjaya, kehidupan sosial dan juga kualiti rawatan perubatan.
Melalui kaji selidik tersbeut, organisasi ini mendapati bahawa destinasi Asia paling popular di 10 negara teratas yang telah disenaraikan oleh ekspatriat iaitu Malaysia di tangga ke-4, Taiwan di tempat ke-5 diikuti oleh Thailand (6) dan juga Filipina (No.8).
Baki 6 destinasi teratas lain yang termasuk dalam senarai ‘top-10’ tersebut termasuk Mexico (1), Sepanyol (2), Panama (3), Costa Rica (7), Bahrain (9) dan juga Portugal (10).
Pun begitu, hanya 53 buah negara menepati syarat minimum sampel responden untuk disenaraikan dalam kaji selidik berkenaan.
Bagi destinasi yang paling kurang popular untuk ekspatriat, 10 tempat terbawah termasuk Jepun (No. 44), New Zealand (No. 45), Malta (No. 46), Itali (No. 47), Afrika Selatan (No. 48) , Jerman (No. 49), Korea Selatan (No. 50), Turki (No. 51), Norway (No. 52) dan Kuwait (No. 53).
Baca : Mampu Beli Flat & Ada Kedai Sewa, Lelaki Ini Digelar Pengemis Terkaya Di Dunia