Vaksin COVID-19 Sinovac telah selamat tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada (KLIA) kira-kira 9 pagi tadi.
Minggu lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos.
Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula Februari sehingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah penyakit kronik serta golongan orang kurang upaya (OKU). Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei sehingga Februari tahun depan.
Berikut adalah beberapa gambar pendaratan Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac dari akaun Twitter @bernamadotcom
Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong turut hadir di KLIA pagi ini.
Ketibaan vaksin Sinovac turut disambut Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di KLIA.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, YB Khairy Jamaluddin turut sama hadir di KLIA.
Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) turut hadir bagi menyambut ketibaan vaksin Covid-19 hari ini.
Duta Besar China ke Malaysia menyerahkan vaksin Sinovac Covid-19 kepada Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai tanda simbolik.
Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia. Pada 13 Januari lepas, Pharmaniaga mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.
Baca: Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNtech Selamat Tiba Di KLIA