in

Malaysia Sertai Simposium Ketujuh ASEAN-China-UNDP Bincang Hala Tuju Pembangunan Mampan

FT IMAGE LM 12

YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW selaku Ketua ASEAN Senior Officials Meeting on Rural Development and Poverty Eradication (SOMRDPE) Malaysia telah dijemput sebagai ahli panel sempena 7th ASEAN-China-UNDP Symposium on the Sustainable Development Goals yang berlangsung di Bali, Indonesia.

WhatsApp Image 2025 05 20 at 8.08.58 AM 2

Simposium ini menghimpunkan wakil kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil dari negara-negara ASEAN, China, UNDP, Timor-Leste dan komuniti tempatan untuk membincangkan pendekatan inklusif dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

YBhg. Datuk Khair Razman telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam memperkasa wanita luar bandar melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar yang menekankan keterangkuman, keseimbangan wilayah dan kemampanan yang juga seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia serta Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.

WhatsApp Image 2025 05 20 at 8.08.58 AM

WhatsApp Image 2025 05 20 at 8.08.58 AM 3

Beliau turut menegaskan bahawa pemerkasaan wanita luar bandar adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak — kerajaan, masyarakat, sektor swasta serta kerjasama serantau yang bersifat holistik, demi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam pembangunan.

Penyertaan Malaysia dalam Simposium ini menunjukkan komitmen Malaysia terhadap pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan, seiring dengan peranan Negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam membentuk hala tuju pembangunan rantau ini.

#KKDW
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#PejuangDesa
#MADANIBekerja