in

Malaysia Bakal Beralih Ke ‘Fasa Endemik’ Tak Lama Lagi, Apa Maksudnya Tu?

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan yang rakyat Malaysia kini boleh menjangkakan yang Malaysia akan masuk ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober nanti di mana 80% populasi dijangka telah menerima vaksinasi penuh dan perlu belajar hidup bersama virus Covid-19.

Fw1183737 Ptj23 01092021 Pc Bn202108301627 1872472 20210901223053

Kalau korang nak tahu apa perbezaan pandemik dan endemik ini, jom teruskan pembacaan…


Maksud endemik

Menurut WebMD, pandemik boleh didefinisikan bila sesuatu penyakit telah merebak ke kawasan yang besar seperti seluruh negara, kontinen atau seluruh dunia. Seperti Covid-19, ia diklasifikasikan sebagai pandemik kerana ia telah merebak ke hampir semua negara di dunia.

Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan, endemik merupakan kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat namun berada pada kadar yang stabil dan rendah.

Contoh penyakit endemik yang memang dah ada dekat Malaysia adalah denggi dan untuk negara-negara lain seperti penyakit Malaria dan Kolera.

Apa yang kita perlu ‘expect’ nanti?

Thumbs B C E8Dd93643727B7Ef753Cf4736A999479

Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Khairy bila beliau mengatakan negara kita akan beralih ke fasa endemik tak lama lagi adalah Covid-19 akan dianggap sebagai penyakit endemik di Malaysia dan akan sentiasa wujud dalam komuniti.

Jadi, orang yang duduk di Malaysia perlu belajar untuk hidup dengan virus ini sementara masih mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya termasuk memakai pelitup muka di tempat awam dan membuat ujian kendiri Covid-19 secara berkala.

Perlu capai imuniti kelompok sebelum beralih ke fasa endemik

Nmmsiaworkers1704

Bagaimanapun, endemik ini hanya boleh dicapai sekiranya Malaysia telah mencapai imuniti kelompok iaitu sebanyak 80% populasi di Malaysia telah divaksinasi. Tapi korang kena ingat, vaksin tak menjamin korang terselamat dari dijangkiti Covid-19 tapi ia terbukti boleh kurangkan kemasukan hospital dan kematian.

Lagipun, mustahil untuk kita sentiasa kena lockdown di rumah. Nak tak nak kenalah belajar hidup dengan Covid-19. Apa yang penting, pastikan korang dan orang yang tersayang semua dah ambil vaksin okay?

 

Baca: “Inilah yang kita mahu dari menteri” – Netizen Puji KJ, Bertindak Pantas Perbaiki Paparan & Ciri Baru MySejahtera

Mysejahtera Paparan Dan Ciri Baru Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.