Mendidik anak-anak ni perlu lah dilakukan dari mereka kanak-kanak lagi sebab bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barulah bila dah besar nanti dia dah terbiasa buat benda-benda baik.
Namun, tak tahu la apa yang tak kena dengan kanak-kanak perempuan 8 tahun di Scotland ini kerana walaupun bapanya dah puas menyuruhnya untuk kemas bilik sendiri tapi dia tetap enggan buat sehinggakan biliknya dah tak nampak rupa bilik tidur.
Menurut Mirror pula, bilik kanak-kanak yang dikenali sebagai Emily itu akhirnya telah dianugerahkan sebagai ‘Bilik Paling Bersepah di UK’ baru-baru ini!
Difahamkan, anugerah itu sebenarnya dianjurkan oleh syarikat perabot katil Happy Beds di mana mereka akan menawarkan hadiah berupa katil baharu bernilai £400 (lebih kurang RM2,262).
Selain itu, ia akan dimenangi oleh mana-mana ibu bapa yang mampu membuktikan bahawa bilik anak mereka paling tak kemas di seluruh negara itu.
Emily telah berjaya mengalahkan 100 peserta lain dalam pertandingan bilik paling bersepah itu. Bapanya, Steve berkata, anaknya itu hanya masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian sahaja.
Selebihnya, dia banyak menghabiskan masa di ruang keluarga dan kalau dibersihkan sekalipun, bilik tidur itu akan kembali ke keadaan asalnya yang bersepah beberapa hari selepas itu,” katanya.
Keadaan bilik kanak-kanak itu dikatakan agak teruk kerana karpet yang diletakkan dalam bilik itu pun dah tak nampak rupa sebab lantainya dipenuhi dengan barang.
Jadi, keluarga kanak-kanak ini berharap dia akan mejadi lebih rajin untuk mengemas bilik dengan adanya katil baharu yang dimenangi daripada anugerah terbabit.
Kita yang dah besar ni pun jangan jadi macam ni pulak. Sibuk macam mana pun kena kemas bilik, baru lah tenang nak berehat atau belajar kan.
Sumber: Mirror
Baca: “Bilik penuh sampah jadi lawa!”- Video Makeover Bilik Gadis Ini Terima Lebih 15 Juta Tontonan!