in

Malang Diri Buka Rezeki Untuk Orang Lain? Kisah Lelaki Ini Bantu ‘Pemandu Ojol’ Buat Netizen Sebak

Lelaki Tolong Pemandu Ojol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang berada di situasi yang mana korang ditimpa satu kesulitan tetapi kesulitan korang itu sebenarnya punca rezeki bagi orang lain?

Inilah yang berlaku kepada seorang individu yang berkongsi kisahnya di TikTok tentang malang yang menimpa dirinya baru-baru ini.


Menurut individu yang berasal dari Indonesia ini, sebaik selesai bermain tenis, dia menaiki MRT dengan niat untuk pulang ke rumah. Namun agak malang apabila kunci apartmentnya dikatakan tertinggal pula di tempat kerja.

Img 7029

Artikel berkaitan: “Healing yang sebenar” – Main Buih Dalam Jem, Orang Ramai Tersengih Tengok Telatah Pemandu Lori Ini

Artikel berkaitan: “Saya tak tahu nak ucap macam mana” – Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sebak Terima Bantuan Kereta

Didatangi pemandu ojol (teksi motosikal), hulurkan bantuan 

Ketika dia berkira-kira untuk menempah teksi motosikal (ojol) ke pejabat, dia didatangi oleh seorang pemandu ojol iaitu seorang lelaki berusia 50-an.

Lelaki itu kemudian menawarkan untuk membawa individu ini ke mana sahaja dengan bayaran 5,000 rupiah. Itu lebih kurang seringgit lebih je… uish murah sangat ni. 

O1

Img 7032

Menurut lelaki itu, dia hanya memerlukan duit untuk mengisi perutnya yang kosong dan apabila penumpang itu mengatakan dia tidak mempunyai ‘cash’, pemandu ojol tersebut sanggup dibayar dengan membelikannya roti sahaja.

Pemandu ojol berkenaan juga ada menjelaskan bahawa telefonnya rosak gara-gara hampir diragut pencuri. Disebabkan tidak dapat membuka aplikasi Grab, dia terpaksa menawarkan perkhidmatannya dengan cara begitu.

O2

Pemandu ojol dibelikan makanan dan telefon baru 

Bersimpati dengan apa yang berlaku, individu itu menggunakan perkhidmatan pemandu tersebut dan minta dihantar ke pejabat.

Setibanya di pejabat, dia membelikan pemandu ojol itu makanan dan kisah berkenaan juga mendapat perhatian majikannya yang mahu menghulurkan bantuan buat lelaki berkenaan.

O3

O4

Tak cukup dengan itu, pemilik TikTok ini dengan murah hati telah membelikan telefon baru buat pemandu ojol tersebut supaya lelaki itu boleh bekerja kembali pada keesokan harinya.

Bapaknya masih nangis dan terus berterima kasih sampai saya pulang. Tanpa beliau sedari, saya yang seharusnya berterima kasih kerana sudah membawa saya kepada kebaikan. 

“Sihat selalu pak, selamat bekerja kembali,” katanya.

O5

O6

Kisah tersebut telah mendapat perhatian netizen hingga ke Malaysia yang sebak dengan nasib yang memimpa pemandu ojol tersebut.

Terima kasih orang baik! 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.