Seorang wanita warga emas, Siti Rositah Baharom, 56, dilaporkan maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan sebuah Perodua Bezza dan sebuah lori di Jalan BKE, Batu 7, Tawar, Baling, Kedah 26 Januari lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi.
Artikel berkaitan: Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing
Artikel berkaitan: “Mesti dia tercari-cari” – Tangisan Bayi Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kemalangan Buat Netizen Sayu
“Mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu kereta manakala pemandu lori tidak cedera. Operasi mengeluarkan pemandu kereta dilakukan hampir 30 minit kerana mangsa tersepit di bahagian kaki sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambah beliau lagi.
@mekna._143 Allah selalu tengok jadi kat orang kali ni kena famliy sendiri. Adik dok buat runner excident sekali p tengok mak long sendiri. Sekelip mata benda jadi yaAllah, maklong dah lepas didunia semoga roh maklong di tempat dikalangan orang2 yang beriman. Mak long dah boleh jumpa tok tokwan kat sana 😭
Di sebalik tragedi tersebut, media sosial khususnya platform TikTok hiba dengan perkongsian rakaman suara (voice note) yang dipercayai daripada anak mangsa dalam group WhatsApp keluarga.
Dalam rakaman yang menyentuh hati itu, kedengaran suara si anak yang sedang menangis teresak-esak dan menjerit “Mak!” sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka mengenai ibunya.
Sumber: Berita Harian, TikTok
