Kalau dibandingkan dengan apa yang kita belajar di sekolah dahulu dengan apa yang budak sekarang belajar, memang ada banyak bezanya.
Tahun berganti tahun, silibus pembelajaran banyak bertukar sehingga budak zaman sekarang yang masuk tahun satu pun dah wajib ada basic 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) tau!
Silibus Matematik Tahun 6 baharu ada belajar insurans & takaful?
Pun begitu, menerusi perkongsian seorang guru, Mohd Fadli Salleh di Facebook, beliau mendakwa silibus subjek Matematik Tahun 6 sesi depan katanya ada penambahan.
Melalui screenshot yang dikongsikan, penambahan ini katanya akan memperkenalkan murid-murid dengan topik mengenai insurans dan takaful. Uish advance ni!
Dalam silibus baru itu juga, murid akan dapat menyatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.
“Apa bendalah makin merepek meraban ni”
Dakwaan yang tersebar menerusi screenshot tersebut membuatkan Mohd Fadli kurang setuju dengan penambahan silibus berkenaan.
Menurutnya, penambahan itu agak tidak masuk akal kerana masih ada lagi di kalangan pelajar yang lemah dalam subjek itu dan belum dapat menguasai pengiraan asas matematik sepenuhnya.
Murid Tahun 6 2022. Semua mereka adalah batch pertama silibus baru KSSR Semakan 2017.
“So, buku teks dan silibus mereka berbeza dengan murid tahun 6 2021. Lama kami dok tunggu buku baru ni, ingat ada la perubahan yang lebih memudahkan.
“Rupanya ditambah celaru dengan perkenalkan silibus baru tentang insurans dan takaful pula. Habis darjah 6 nanti, semua murid boleh jadi ejen takaful aku rasa,” tulisnya.
https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/5040145649340323
“Sebagai ejen takaful aku pun facepalm”
Perkongsian berkenaan juga telah mendapat perhatian daripada netizen di Twitter yang mana rata-rata agak terkejut jika benar akan penambahan silibus itu.
Ada di antaranya mengakui mungkin topik itu satu perkara yang menarik untuk dipelajari tetapi agak terlalu awal untuk murid-murid tahun 6 menguasainya. Jika topik itu diperkenalkan pada pelajar tingkatan 5 atau pengajian tinggi, mungkin ia lebih sesuai.
Apa-apapun admin rasa sebaiknya kita tunggu penjelasan daripada KPM jika benar silibus berubah seperti didakwa. Mesti ada sebabnya mengapa subjek Matematik ditambah silibus topik berat sebegitu kan?
Baca: “Bukan Tingkatan 1 tau” – Guru Dedah Silibus BM Murid Darjah 1, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen