in

“Makin jahil” – [VIDEO] Netizen Kecam TikTokers Buat Trend Jadikan Kipas Sebagai Makmum Solat

jadikan kipas sebagai makmum imam e1653796248152

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jikalau dulu, viral trend ‘unboxing husband’ di TikTok yang menjadi perdebatan ramai kerana dianggap tidak sopan dan melanggar batas-batas agama.

Kali ini tular pula satu lagi trend baru iaitu menjadikan kipas sebagai makmum solat di TikTok.


Menerusi video yang kini tular di TikTok, dapat dilihat sebuah kipas dipakaikan telekung atau songkok dan sebagainya, dan ia dijadikan sama ada makmum atau imam bagi pemilik video tersebut.

Ada juga video yang memaparkan para wanita menyalami kipas berkenaan yang dianggap sebagai ‘imam’ atau ‘suami’ di dalam video. Yang pelik-pelik je korang ni eh… 

 

“Jangan jadikan agama sebagai persendaan”

Trend video tersebut telah mendapat perhatian pendakwah seperti PU Syed yang kemudian memberi teguran kepada netizen untuk tidak mempersendakan Islam.

Meskipun trend itu banyak dilakukan di Indonesia, namun jika ia berlaku di Malaysia, PU Syed berharap pihak berkuasa membanteras perkara tersebut.

https://www.tiktok.com/@pu_syed/video/7101173910846115098?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=makmum&t=1653449918100

Imam kipas, makmum kipas? Apa yang dia nak sebenarnya? Adakah untuk memenuhi content? Ataupun nak likes yang banyak, views yang banyak?

“Jangan permainkan hukum agama. Solat adalah kefarduan,” tegasnya lagi.

Para netizen pada masa yang sama meluahkan rasa kecewa dengan sikap orang zaman sekarang yang mengambil ringan isu agama dan mempersendakan benda yang tidak sepatutnya.

jadikan kipas makmum

Haih harap tak adalah netizen kita di sini yang terpengaruh dengan trend yang bukan-bukan macam ni. Ghisau! 

Baca: “Isteri tu hak kita” – PU Syed Seru Pengantin Henti Trend ‘Unboxing By Husband’

unbox

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.