Raisa Andriana, lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Raisa, merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Indonesia. Dia mula dikenali umum dengan lagunya yang berjudul Serba Salah.
Baru-baru ini, penyanyi Indonesia itu datang ke Malaysia untuk mempromosikan Konsert Raisa Teristimewa di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 3 November ini.
Artikel berkaitan: Chef Anis Nabilah Dakwa Kenyataan Chef Indonesia Kata Nasi Kandar Berpasir Tiada Adab
Artikel berkaitan: Jual Nasi Kandar Di Restoran Sendiri, Chef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’ & Kurang ‘Flavour’
Sebelum ini, kecoh mengenai seorang cef Indonesia yang juga juara Master Chef Indonesia,
Stefani Horison mengeluarkan kenyataan bahawa nasi kandar Malaysia mempunyai rasa ‘berpasir’ dan versi olahannya lebih sedap.
@utusanonline Raisa menepis dakwaan kenyataan Juara Masterchef Indonesia, Stefani Horison yang mengatakan nasi kandar di Malaysia berpasir.
Raisa bagaimanapun menolak kenyataan cef dari negaranya itu dan mengatakan kemungkinan besar rakan senegaranya itu menjamu nasi kandar di tempat yang salah.
“Mungkin, bila dia ke sini, dia makan di tempat yang salah sebab menurut saya, nasi kandar itu sangat sedap. Misalkan saya datang ke Malaysia, tak pernah saya tak makan nasi kandar.
Makannya harus pakai tangan. Jangan makan gunakan sudu. Tak afdal. Pada pendapat saya, ia satu hidangan tempatan yang wajib dicuba. Sangat enak,” katanya.
Pelantun lagu Usai Di Sini itu juga meluahkan antara kerinduannya terhadap Malaysia adalah untuk menjamu selera juadah dari utara itu.
Sumber: TikTok