in

“Mak tak reda apa yang Shila buat” – Terguris Dengan Kata-kata Kesat, Ibu Belum Maafkan Shila

Ft Ibu Shila Amzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepincangan yang berlaku di antara Shila Amzah dan keluarganya semakin rancak diperkatakan apabila ibunya, Fauziah Sarman meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi itu. Dia mendakwa, Shila ada melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Jelas Fauziah, dia tidak tergamak menulis kata-kata yang keluar daripada mulut Shila itu hanya disebabkan rumah yang ingin dijual.


Artikel Berkaitan : “B*doh dia memang pekat sikit” – PA Berang Dipanggil ‘Balaci’ Oleh Adik Shila Amzah

Artikel Berkaitan : “Aku dah sampai limit ni” –  Shila Amzah Jawab Dakwaan Adik, Konon Jual Rumah Untuk Duit

Luahan rasa kecewa itu dibuat menerusi Instagram miliknya, namun begitu, mStar melaporkan bahawa posting itu telah dipadam dari media sosial selepas beberapa minit ia dimuat naik.

“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.”

“Allahuakbar. Ya benar Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham.”

Tambahnya,tujuan dia ingin membuat kenyataan tersebut adalah untuk membersihkan namanya yang sudah tercalar akibat kecaman. Malah Fauziah juga kecewa dengan sikap Shila yang membiarkan orang lain menghinanya di dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.

Malah, Fauziah masih belum mampu memaafkan kesilapan anaknya itu dan meminta Shila untuk berhenti menipu.

Screenshot 2023 10 13 103932

“Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah emak. Banyak rahsia yang emak simpan selama ini demi namamu sebagai bintang popular.”

“Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji emas sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ini emak belum dapat maafkan dan emak tak reda dengan apa yang Shila buat. Berhenti menipu!”

“Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa-dosaku. Hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepadaMU kerana sesuangguhnya aku milikMu.”

“Nurhahila, kau tanggunglah dosa. Pada Allah Mak serahkan dirimu dan semoga Allah SWT mengadili segala serta memberimu petunjuk.”

Dalam pada itu, Fauziah mengatakan yang Shila ada berjanji untuk menjaga dan membiarkan dia terus tinggal di rumah yang dianggap harta pusaka keluarga. Menyedari Shila adalah sebegai pemilik rumah tersebut, dia tidak membantah sekiranya rumah itu dijual.

Screenshot 2023 10 13 103946

“Dengan segala konflik keluarga yang kita hadapi, emak tidak pernah bantah andainya ‘rumah keluarga’ yang dilabel sendiri oleh Nurhahila sebagai ‘rumah pusaka’ untuk dijual kerana emak sedar diri rumah itu atas nama anak emak yang popular.”

“Tak perlu mengingatkan emak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila.”

“Walau tahun lepas ketika abah lari Nurshahila pernah cakap mujur rumah ini atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka mak tinggalkan sampai bila-bila jangan kisah Abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak.”

Screenshot 2023 10 13 104005

“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak.”

Harap persengketaan ini dapatlah diselesaikan dengan kadar segera. Air yang dicincang takkan putus, begitulah juga hubungan keluarga. 

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.