in

“Mak sayang Ilham…” – Ibu Tetap Cium Walaupun Mayat Anak Dah Berbau

Cium Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dinamakan keutuhan kasih seorang insan bergelar ibu…

Ilham.. Mak sayang Ilham.. Mak nak cium Ilham…”

Begitulah rintihan ibu kepada mayat mangsa lemas Muhammad Ilham Fahmy, 17, yang ditemui 5.45 petang semalam di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong.


Menurut satu posting di Facebook, timbul rasa sayu dalam hati orang ramai melihat ibu arwah yang mendakap jasad anaknya itu selepas selesai dimandi dan dikafankan kita-kita jam 9.30 malam.

Ibu Mangsa 1

Ibu Mangsa 4
sumber: facebook

Meskipun jasad jenazah sudah pun mula berbau, perkara itu tidak sedikit pun membuat ibunya untuk memeluk arwah seeratnya. Wanita itu juga dikatakan terpaksa dipapah ahli keluarga, perlahan-lahan masuk dengan kaki yang lemah dan air mata tak berhenti bercucuran. Semuanya demi menatap muka anaknya buat kali terakhir.

Ibu Mangsa 3

Lebih menyayat dan menyentuh hati orang ramai, bukan sahaja ibu tetapi seorang demi seorang kawan mangsa mengucup jenazahnya buat kali terakhir, membuktikan tanda setia kawan dan membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi ramai.

Ibu Mangsa 6
sumber: facebook
Mangsa
sumber: blog

Selepas dua hari usaha pencarian, mayat arwah yang tergelincir jatuh dalam lombong ketika memancing itu akhirnya dijumpai. Sekaligus, negara menangisi tragedi 3 Oktober di mana 6 penyelam bomba turut mati lemas ketika dalam usaha mencari mayat mangsa.

Lombong
sumber: facebook
Mayat Mangsa
sumber: fmt

Jenazah kesemua anggota Bomba yang maut dalam tragedi ini telah selamat diuruskan dan dikebumikan semalam. Semoga mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mangsa Bomba
sumber: blog
Jenazah Bomba
sumber: the world news

Semalam seharian kita bersedih baca bermacam luahan dan cerita tentang 6 penyelam bomba yang maut, hari ini kita sayu baca kisah ni pula…

Baca: “Terlalu awal abang pergi ” – Adik Yahya Ali

Adikyahyaaaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.