Baru-baru ini, seorang pengguna di X memuat naik satu tangkap layar komen maklum balas daripada seorang individu yang membeli lampin di salah satu platform beli belah atas talian. Difahamkan, pembeli itu telah menggunakan lampin jenama tersebut sehingga anaknya berusia 4 bulan.
Tukar lampin dua kali sehari?
Dalam tangkap layar itu, individu berkenaan memberi maklum balas dan memuji kualiti lampin tersebut namun dia mengkritik jenama lampin sebelumnya yang dikatakan punca terjadinya ruam pada kulit anaknya.
Alhamdulillah sembuh segala ruam baby.. masa baby lahir pakai jenama X, mula-mula ok, tapi lama-lama jadi ruam. Sapulah segala macam krim, tak baik juga.
Artikel berkaitan: “Ada doktor sendiri dah berjangkit daripada patient” – Staff Hospital Diarah Pakai Lampin Dewasa, Terlalu Sibuk Untuk Ke Tandas
Artikel berkaitan: Kilang Kitar Semula Lampin Terpakai Untuk Hasilkan Lampin Dewasa Baru
Kemudian, dia menukar jenama lain dan memberitahu kualiti lampin tersebut jauh lebih bagus sehingga membuatkan ruam pada kulit anaknya semakin pulih. Dia juga dapat berjimat cermat kerana hanya menggunakan maksimum tiga lampin setiap hari.
Alhamdulillah, ruam makin kering dan baik.. jimat pun ye sebab satu hari guna 2 keping je pagi and petang je tukar. Tak leaking pun dan tak ruam pun.. kencing banyak tu. Baby pula minum susu badan so berak seminggu sekali. Lagilah JIMAT, dia pula time nak mandi baru berak, lagilah JIMAT, paling banyak sehari pakai 3 keping..
“Tak kesian dekat anak ke?”
Di ruangan balas, rata-rata netizen tidak bersetuju kerana individu itu hanya menukar lampin anaknya dua kali sehari. Mereka mendakwa individu tersebut mahu berjimat cermat namun tidak memikirkan kebersihan anak sendiri.
Risau juga kalau gini..
Sumber: X