in

“Mak meninggal, ayah dalam penjara” – Budak Lelaki Ditemui Tinggal Sendirian Di Dobi

budak lelaki tidur seorang diri di dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu perkongsian di TikTok, menunjukkan seorang budak lelaki tinggal bersendirian di sebuah kedai dobi yang terletak di Gombak.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai M.Hafiq, mengatakan sebelum ini sudah beberapa kali terserempak dengan budak lelaki tersebut tidur di dobi berkenaan namun tidak berkesempatan untuk bertanya.


Artikel berkaitan: Tular Budak 3 Tahun Ditemukan Sesat Di Kebun Jagung, Ibu Bapa Dilapor Ada Rekod Jenayah

Artikel berkaitan: “Nenek kata nak belanja makan” – Kanak-kanak Jadi Yatim Piatu Lepas Bapa, Datuk & Nenek Terlibat Kemalangan

6 bulan tinggal seorang diri

Namun, ketika dia mengunjungi dobi berkenaan baru-baru ini, dia terus bertanya keadaan budak lelaki itu.

Kongsinya, budak tersebut sudah enam bulan tinggal seorang diri kerana ibunya telah meninggal dunia manakala bapanya meringkuk dalam penjara.

Budak lelaki itu mendakwa, dia merupakan anak tunggal dan ahli keluarga lain tidak mempedulikannya.

“Ya Allah kesian dengar cerita adik ni. Mak dah meninggal ayah kat dalam penjara, cerita sambil air mata mengalir.

“Seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur di situ cuma tak ada kesempatan untuk borak kali ni baru dapat borak.

“Macam mana keadaan dia lalui, tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain… kesian sangat.” katanya.

@mohammadhafiq7

Ya Allah kesian nya dengar cerita adik ni, mak dah meninggal ayah kat dalam penjara, cerita sambil air mata mengalir , seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ cuma tak ada kesempatan untuk borak kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat, dapat duit terus bangun keluar beli makan, kadang kadang kita rasa kita dah susah tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan, nak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan🤲🏼

♬ original sound – M.Hafiq – M.Hafiq

Mendengar luahan budak lelaki itu, dia terus menghulurkan duit untuknya membeli makanan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan keadaan yang dialami budak lelaki itu dan risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan memandangkan dia tinggal seorang diri.

Screenshot 2025 03 19 155704 Screenshot 2025 03 19 155717 Screenshot 2025 03 19 155741 Screenshot 2025 03 19 155747

Dalam pada itu, netizen berharap dia dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kebajikannya dijaga dengan lebih baik.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.