Sekali sekala belikan ibu korang hadiah bila dapat gaji tu. Tak perlu tunggu hari lahir dia atau hari ibu sekalipun. Confirm dorang akan happy sebab tak sangka tiba-tiba dapat hadiah daripada anak.
Lagi satu, bila nak bagi kejutan tu cuba korang hulur hadiah sambil buat video. Mana tahu dapat rakam reaksi comel ibu korang bila terkejut kan. Macam apa yang lelaki ni buat, waktu beri kejutan dekat ibu sempena hari lahir.
“Really in love with my mom reaction after I give her birthday present telekung “Nak, mak teringin telekung Siti Khadijah”. Hahaha I love you Mom ? Happy 54th Birthday.”
Satu rakaman video dimuat naik oleh lelaki dipanggil Sam viral dekat Twitter baru-baru ni. Video tu menunjukkan Sam masuk ke bilik ibu dia sambil bawa beg berisi telekung untuk dihadiahkan.
Ce tengok…”
Ibu Sam yang bertelekung dan tengah duduk atas sejadah tu agak terkejut tapi terus terukir senyuman di wajahnya dan berterima kasih lepas dihulurkan beg telekung jenama Siti Khadijah tu. Comel je tau!
Mama naklah telekung Siti Khadijah. Terima kasih…”
“Alaaaaa mak awal comel!!”
Memang ramai suka sangat tengok reaksi ibu Sam yang tersenyum dan tiru tagline tu. Ada juga yang kongsi video waktu beri kejutan yang sama dekat ibu dia.
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Nampak tak kegembiraan seorang ibu bila kita ingat dekat mereka terutamanya pada hari istimewa mereka. Tak perlu tunggu hari lahir pun boleh, cuba sekali sekala lepas gaji tu bagi kejutan sikit dekat dorang. Confirm dorang terharu!
Admin pula yang sebak dan happy tengok video tu Jangan lupa jasa ibu korang okay, sentiasa hargai dan bahagiakan dorang tau!