in

“Mak Arab, bapa Pakistani” – Ameera Khan Mengaku Bukan Melayu, Beri Penjelasan Pasal Keluarga

ft ameera khan bukan melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan menjelaskan dia lebih selesa mengakui dirinya berbangsa Melayu kerana sudah lali dengan kecaman biarpun dirinya berdarah campuran.

Jelas adik kepada selebriti Neelofa itu lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai darah Melayu, meskipun dibesarkan di sini. Katanya lagi, ibunya, Noor Kartini berdarah Arab dan bapanya, Abdul Halim Khan pula berketurunan Pakistan.


Artikel berkaitan : “Macam budak tak ada ot*k” – Ameera Khan Bengang Netizen Tanya Jika Pernah ‘Tidur’ Dengan BF

Artikel berkaitan : Selamba Letak Peha Atas Riba, Netizen Gesa Ameera Khan & Kekasih Kahwin Segera

@_inc3s

#ameerakhan #jefrinichol

♬ original sound – ellem.kay – ellem.kay

“Saya bukan tak mahu cakap saya Melayu tetapi hakikatnya saya memang bukan Melayu! Bukan tak mahu mengaku tetapi ibu bapa memang tiada darah Melayu.”

“Ibu saya berdarah Arab, bapa pula Pakistan, tiada darah Melayu,” jelasnya dalam satu sesi live di Instagram.

Bagaimanapun, Ameera mengaku bahawa dirinya begitu fasih berbahasa Melayu terutamanya dialek Kelantan memandangkan dia lahir dan membesar di sana.

“Tapi saya dilahirkan dan dibesarkan di sini, tentu boleh bercakap Melayu dan berdialek Kelantan terutamanya. Kalau tak boleh itu memang boleh tampar muka saya.”

Katanya, ada cerita di sebalik kenapa dia sekeluarga dibesarkan di Kelantan tetapi dia sudah lupa akan kisah itu.

Malah, Ameera juga selesa mengaku dirinya orang Melayu kerana tidak mahu berbahas dengan orang ramai mengenai susur galur keluarganya.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.