Tidak dinafikan banyak urusan jadi susah semenjak pandemik Covid-19 melanda di negara kita sejak hujung tahun 2019 lepas.
Misalnya jika seseorang pekerja menjalankan sesuatu tugasan, tiba-tiba disahkan positif, pasti ia akan jadi tergendala dan rakan sekerja lain kena buat 2 kerja kan?
Tapi ada orang cuba ambil kesempatan dimana dia gunakan jangkitan ini sebagai cara untuk menipu majikan untuk dapat cuti.
“Mata aku agak sensitif dan nampak dia edit screenshot ni.”
Menurut perkongsian daripada @mustakim_ismail, semalam, dia mengatakan bahawa dia ada pecat pekerjanya kerana cuba buat suntingan daripada screenshot MySejahtera.
Difahamkan pekerja tersebut menipu yang dia positif Covid-19 tapi buat kerja tak clean sebab mata majikan dia tajam dan….
“Kalau dah fully vaksin tapi positif, patutnya 7 hari je kuarantin, ni dah sampai 10 hari.”
Baru fire sorg staff sebab menipu status vaksin + positif covid . Mata aku agak sensitif dan nampak dia edit screenshot ni. Kalau dah fully vaksin tp positif, should be 7days je HSO, ni dah smpai 10hari. Mmg aku syak something la. pic.twitter.com/C4c285wCmg
— ?mustakim ismail ? (@mustakim_ismail) March 1, 2022
Dalam masa sehari tweet daripada majikan ini telah meraih lebih daripada 1,500 jumlah perkongsian, rata-rata netizen terhibur bila tengok cara ianya disunting dan cara pekerja ini nak bagi helah, malah ada juga yang marah kerana jangkitan Covid-19 ini dibuat main-main.
Walaubagaimanapun, ada netizen tertanya-tanya dengan isu yang terjadi, samada pekerja tersebut menipu bahawa dia dijangkiti Covid-19 padahal tidak, ataupun dia tipu yang dia dah mendapat vaksinasi penuh padahal belum.
Dalam masa yang sama ada juga mengatakan bahawa ada antara mereka yang positif Covid-19 perlu dikuarantin selama 10 hari biarpun sudah vaksin penuh.