Setiap syarikat pasti akan membuat sambutan sempena hari perayaan yang ada di Malaysia, ia sebagai sebahagian daripada langkah kecil untuk memberi ganjaran kepada pekerja bagi mereka ‘berehat’ seketika.
Ada satu syarikat ini mereka menyambut perayaan dan sambutan yang luar negara tengah raikan iaitu Deepavali x Halloween, sambutan dibuat memandangkan pekerja di syarikat tersebut berbilang kaum.
Pastinya masing-masing akan hadir dengan busana mereka sendiri tetapi tanpa diduga, bangunan pejabat syarikat itu tiba-tiba ada buat firedrill (latihan kebakaran) pada hari tersebut.
Deepavali x Halloween x Firedrill
Perkara ini terjadi kepada syarikat tempat wanita yang dikenali sebagai Jasmin bekerja, momen itu dirakam dan dikongsikan ke TikTok.
Dalam video yang berdurasi 16 saat itu, dilihat ramai rakan sekerjanya memakai pakaian Halloween dan Jasmin mengatakan dia sendiri pakai busana yang menggerunkan berjalan di tempat awam.
https://www.tiktok.com/@jasminirisha/video/7156542554228395291?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Biarpun nama syarikat, waktu dan lokasi masih tidak dikenalpasti, video meraih lebih 60K dalam masa sehari ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya terhibur melihat ragam mereka.
Yang pakai telekung tu – Netizen
Aduhai, nasib lah tak jadi malam, kalau tak habis orang pelik.
Baca : 6 Makanan Istimewa Sempena Deepavali Yang Patut Korang Cuba Tahun Ni!