in

MAIWP Dapat Aduan Keluarga Susah Perlukan Zakat, Tapi Rupanya Tinggal Di Condo RM3k Sebulan?

collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang ramai yang susah, kadang-kadang tu duit gaji pun tak cukup nak survive sampai hujung bulan.

Bagi yang betul-betul tidak berkemampuan, ada pelbagai saluran yang boleh menghulurkan bantuan seperti zakat dan sebagainya.


Macam baru-baru ini, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) melalui Facebook rasmi telah memuat naik status mengatakan yang pihaknya telah mendapat aduan awam mengenai sebuah keluarga yang memerlukan bantuan zakat.

Ekoran ini, Skuad Jejak Asnaf telah pergi menjejaki keluarga tersebut dan setibanya di rumah keluarga tersebut, mereka terkejut melihat tempat tinggal yang boleh dikatakan mewah.

Secara praktikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

“Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan untuk tinggal di tempat berikut adalah disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.”

https://www.facebook.com/baitulmal.wp/posts/pfbid0jwmAhxrAvh4eswqVFPd2tGuCKHec8HWb4TgCpTVQHypxrHmFT2vGJERJFqDhqeYfl

Malah, hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati bahawa rumah yang didiami oleh keluarga ini juga bukannya rumah pusaka mahu pun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain tapi melalui kaedah sewa bulanan.

Hasil carian di internet juga mendapati, sewa kediaman menerusi gambar yang dimuat naik oleh MAIWP ini juga boleh mencecah hingga RM3,000.

Screenshot 2022 09 01 at 12.46.12 PM

Dalam posting yang sama, MAIWP turut menasihatkan orang yang terkesan dengan kesempitan hidup supaya bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup dan sesuaikan di antara keperluan dan kehendak.

 

Baca: “Pendapatan saya dah cukup” – Lembaga Zakat Selangor Dikejutkan Dengan Kejujuran Bekas Asnaf

Untitled design 2022 05 12T171438.869

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.