Baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu bas bermain telefon pintar ketika sedang memandu. Rakaman tersebut dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang penumpang di dalam bas tersebut.
Menurut hantaran tersebut, bas tersebut sedang menuju ke arah Ipoh dari Pulau Pinang.
Polis minta pemandu serah diri
Terbaharu, pihak polis meminta pemandu bas tersebut untuk tampil menyerah diri di balai polis.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim, tindakan pemandu bas tersebut adalah berbahaya dan boleh mendatangkan risiko kemalangan yang bahaya.
“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.
“Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit,” katanya kepada sumber.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diteruma, nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815 dan ketika itu bas tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.
Sila ambil tindakan @JPJ_Malaysia @anthonyloke pemandu membawa sabil tgok telefon
Bus company name KPB
Bus number ALM9815
Trip Penang to Ipoh pic.twitter.com/AiSfYM2T8a— Irwan Fahmi Ideris (@irwanfahmiid) March 31, 2023
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke protrafik_ba@rmp.gov.my.
Kredit: Sinar Harian
BACA: Trak Dikejar Tentera Terbabas Masuk Longkang, Cubaan Seludup Ketum Gagal