in

“Main game pun boleh sado” – Lelaki Ini Tunjuk Transformasi Badan Lepas Main Nintendo Switch Selama 6 Bulan

Bb 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kata main game tak boleh kurus?

Lelaki dari Jepun ini telah membuktikan dengan hanya bermain permainan video, dia berjaya menurunkan berat badan malah menjadi sado!


Lelaki yang dikenali sebagai @_kz9 di laman Twitter tular selepas berkongsi beberapa gambar transformasi badannya setelah bermain permainan video Nintendo Switch Ring Fit Adventure.

Dalam kapsyennya dia menulis…

“Ini adalah hasil seorang ulat buku yang bermain ring-fit selama 6 bulan. Terimalah!”

Posting berkenaan transformasinya itu turut mendapat perhatian netizen dengan lebih 20 ribu retweet dan 82 ribu likes. Abang sado mestilah netizen suka!

 

Main game 6 bulan, bakar lebih 20 ribu kalori

Dia yang baru berusia 24 tahun memberitahu transformasi ini berlaku selepas dia menghabiskan masa bermain permainan video ini selama 6 bulan sejak November 2019 sehingga Julai 2020.

B 5 1

 

Dalam tempoh tersebut, dia telah bermain lebih dari 100 jam. Terdapat juga screenshot pencapaian dalam permainannya yang menunjukkan bahawa dia telah membakar 21,000 kalori, berlari sejauh 175km, dan 29.000 push dengan Ring-con (aksesori berbentuk roda yang dipasang pada pengawal Nintendo Switch), lapor portal berita tempatan Hong Kong hk01.

B1 2

Bagi mereka yang tertanya-tanya, Ring Fit Adventure adalah salah satu permainan aksi dari Nintendo Switch yang merangkumi tugas yang berkaitan dengan kecergasan. Ia memerlukan pemain bergerak berdasarkan petunjuk untuk menyelesaikan cabaran serta menewaskan musuh.

 

Korang kalau nak kurus tapi taknak pergi gym boleh laa beli Nintendo Switch ni. Min dah usha harga dalam RM400 lebih. Lepas ni tunggu la min sado lagi 6 bulan.

 

Baca: ‘Slow and Steady’, Pemuda ini Berjaya Hilangkan 60KG Berat Badan Dengan Diet dan Menari Lagu K-Pop!

3.9

Sumber: Nintendo
Sumber: Shopee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.