in

Mahu Elak Penduduk Setempat Rasa Seram, Batu Nisan Dicat Warna-warni

Batu Nisan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda merupakan peminat filem atau cerita seram, mesti perasan selalu ada babak di tanah perkuburan dalam filem hantu kan.

Kebanyakan dari kita pun memang akan rasa seram dan tegak bulu roma jika melalui jalan berdekatan tanah kubur, lebih-lebih pada waktu senja atau ketika memandu seorang diri.


Kubur-kubur di tanah perkuburan di Desa Jatiguwi, Malang, Jawa Timur, Indonesia ini pula telah dicat warna-warni kerana mahu mengelakkan penduduk setempat rasa seram dengan kawasan itu.

Batu nisan di kawasan perkuburan itu telah dicat dengan warna biru, hijau, kuning dan merah sehingga ada yang menyifatkannya sama seperti taman permainan kanak-kanak.

Menurut Kompas.com, penjaga tanah kubur itu mengatakan kerja-kerja mengecat kubur itu telah dilakukan pada bulan Ramadan tahun ini untuk menghilangkan kesan seram.

Walau bagaimanapun,  ini bukanlah kali pertama kubur di Indonesia dicat dengan warna sebegitu kerana pada tahun 2020, pernah tular kisah yang sama di Kota Madiun, Jawa Timur, lapor Sinar Harian.

Namun, dari segi hukum, tak dapat dipastikan sama ada boleh ataupun tidak mengecat kubur-kubur dengan cat warna-warni. 

Sumber: Kompas.com

Baca: Duduk Elok Tepi Batu Nisan, Ramai Sebak Tengok Oyen Ziarah Pusara Tuannya 

Ft Mochi Rindu Tuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.