in

Mahkamah Tangguh Perbicaraan, Najib Razak Diberi Cuti 2 Hari Kerana Cirit Birit & Kurang Air

Najib Cirit Dan Kurang Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim panas yang melampau ini sudah pastinya buat ramai di antara kita cepat jatuh sakit dan mengalami dehidrasi.

Perkara ini juga tidak terkecuali berlaku kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah diberi cuti sakit selama dua hari sehingga semalam kerana masalah cirit birit dan kekurangan air.


Najib Razak Foto Via Blogspotcom Scaled E1662380803256

Susulan hal tersebut, Hakim Mahkamah Rayuan Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah telah bertindak menangguhkan perbicaraan kes 1MDB selepas Pakar Perubatan Klinikal HKL Dr Mohd Fadli Zil Ikram Karim, memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib, lapor Harian Metro.

Najib mengadu masalah cirit birit 

Najib kini masih dalam rawatan di HKL kerana mengalami masalah yang sama dan perkara itu juga disahkan oleh Dr Mohd Fadli ketika dipanggil memberi penjelasan mengenai keadaan bekas PM itu di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dr Mohd Fadli juga berkata, ketika membuat rutin rondaan klinikal pada jam 7.20 pagi tadi, Najib telah mengadu mengalami masalah cirit birit ketika diperiksa.

Kami merumuskan, beliau masih mempunyai masalah cirit-birit yang aktif. Selepas membuat pemeriksaan, kami dapati beliau berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan air dan risiko tekanan darah rendah.

“Dengan itu, beliau tidak sihat untuk hadir perbicaraan pada hari ini dan selepas berbincang dengan perunding HKL, kami memutuskan memberikan cuti sakit hari ini,” katanya.

Najib Razak Ap

Perbicaraan ini telah ditangguhkan pada 21 Jun depan dengan pendakwaan memanggil saksi baharu.

Sebagai info, Najib berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babitkan jumlah wang yang sama.

Semoga bekas PM kita cepat sembuh. 

Baca: “Kita tak boleh paksa, biar YDPA buat keputusan” –  Azalina Perjelas Isu Pengampunan Najib Razak

Najib

Sumber: Blog
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.