in

Mahalini & Rizky Febian Kahwin, Majelis Ulama Indonesia Anggap Pernikahan Tidak Sah Sebab…

Mahalini Rizky Febian Kahwin Lain Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri muzik di Indonesia, korang pasti kenal dengan penyanyi, Rizky Febian dan Mahalini yang dilaporkan bakal berkahwin.

Pasangan ini telah membuat sambutan perkahwinan mengikut adat istiadat masyarakat Bali pada Ahad lepas (5 Mei) sebelum bernikah di Jakarta pada 8 Mei ini mengikut cara Islam.


Perkahwinan Rizky dan Mahalini menjadi sebutan ramai kerana kedua-duanya berbeza agama yang mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini pula penganut agama Hindu Bali.

2678012

Artikel berkaitan: “Walaupun berbeza agama tapi tanggungjawab masih sama” – Frontliner Muslim Dan Yahudi Berdoa Ikut Agama Sendiri Lepas Rawat Pesakit Covid-19

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Terharu Kisah Bro ‘Muka Gangster’ Ni, Sanjung Emak Walau Berlainan Agama

MUI anggap perkahwinan tak ikut syariat agama 

Isu ini telah mendapat respon Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Muhammad Cholil Nafis yang berkata, Islam melarang sekeras-kerasnya penganutnya berkahwin dengan bukan Islam walaupun pelbagai tafsiran berhubung lelaki Islam mengahwini wanita berbeza agama.

Dalam posting yang dikongsikan di X, Cholil juga menjelaskan bahawa dia menentang perkahwinan Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang berbeza agama itu.

Nikah beda agama kalau menurut Islam itu tidak sah. Sedangkan pemerintah itu hanya pencatatan nikah bukan mengesahkan akad nikahnya.

“Ertinya, perkahwinan beza agama itu jika hubungan suami isteri dilakukan, ia sama dengan berzina menurut ajaran Islam,” katanya.

Menurut Cholil, walaupun undang-undang negara akan mengesahkan status pernikahan pasangan selebriti itu, dalam agama Islam ia tetap tidak sah dan berpotensi berlakunya zina jika mereka berhubungan suami isteri.

Tambahnya lagi, pemimpin dari MUI dan dua pertubuhan Islam utama di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah juga sebulat suara bersetuju bahawa perkahwinan tersebut tidak mengikut syariat Islam.

Terdahulu, Rizky dan Mahalini telah mendedahkan percintaan mereka secara terbuka sejak awal 2022 lagi.

2677979

Mereka kemudian bertunang pada 7 Mei lepas dan majlis pernikahan dijangka diadakan di Jakarta pada Selasa ini mengikut cara Islam.

Di bawah undang-undang semasa Indonesia, perkahwinan diiktiraf hanya jika dijalankan mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Ini bermakna pasangan berlainan agama tidak boleh berkahwin melainkan satu pihak memeluk agama bakal pasangan mereka.

Sumber: tvonews, Majoriti, X

Sumber: mStar
Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.