in

“Mahal betul” – Satu Video TikTok Khaby Lame Bernilai RM 3.4 Juta

1kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan ikon TikTok nombor satu dunia, Khaby Lame. Sering tampil dengan video tanpa bercakap di media sosial, Khaby Lame kini mempunyai lebih 149.5 pengikut di TikTok.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, berapa banyak pendapatan Lame hasil dari buat video di TikTok kan.


Menurut laporan Lad Bible, penilaian kontrak Lame untuk satu video promosi di TikTok boleh mencecah USD 750,000 (bersamaan kira-kira RM3.4 juta).

Secara purata, sesuatu jenama yang ingin berkolaborasi dengan Lame akan membayar RM1.8 juta untuk setiap video promosi.

Screenshot 2022 09 17 at 11.19.31 AM

Baru-baru ini, Lame telah menerima bayaran sebanyak RM2.04 juta menerusi satu video promosi dengan jenama terkemuka dunia.

Jenama Hugo Boss telah berkolaborasi bersama Lame untuk acara Milan Fashion Week dan video promosi itu telah dimuatnaik di akaun TikTok miliknya.

Screenshot 2022 09 17 at 11.19.20 AM

Kini, Lame sedang mempelajari bahasa Inggeris bersama seorang tutor dan memperuntukkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk menguasai bahasa itu.

Dia juga menonton kartun Amerika Syarikat untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan cepat.

Sumber: Lad Bible

Baca: Ikon TikTok Khaby Lame Terima Kerakyatan Itali Lepas 21 Tahun Berhijrah Dari Senegal

Screenshot 2022 09 17 at 11.24.28 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.