in

MAHA 2026 Sasar 4 Juta Pengunjung, RM 58 Juta Transaksi Jualan

ft pra pelancaran maha 2026

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 secara rasmi memulakan fasa promosi dan kesedaran awalnya dengan Majlis Pra-Pelancaran yang diadakan di MAEPS, Serdang, baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu.


MAHA 2026 dijadualkan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026. Tarikh ini istimewa kerana ia bermula menjelang sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2026, yang mana Menteri berharap pengunjung sambutan kemerdekaan turut hadir memeriahkan MAHA 2026.

592955573 1153063887003787 2324487454154846199 n

Selain itu, edisi kali ini mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” atau dalam Bahasa Inggeris “Value Creation for Food Security”.

Tema ini selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), yang menekankan pembangunan ekosistem agromakanan yang berdaya tahan, berasaskan teknologi, dan berimpak tinggi.

Sasaran Lebih Tinggi Menerusi Kekuatan Lalu

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu turut berkongsi pencapaian cemerlang edisi sebelum ini, yang mencatatkan 5.5 juta pengunjung, jauh melebihi sasaran awal 3 juta orang. Nilai jualan langsung pada tahun tersebut mencapai RM48.5 juta, manakala 81 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM7.2 bilion berjaya dimeterai.

IMG 0029

Bagi MAHA 2026, sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) adalah :

  • Menarik 4 juta pengunjung sepanjang tempoh pameran.
  • Nilai pemeteraian MoU/MoA mencecah RM8 bilion.
  • Nilai transaksi jualan mencapai RM58 juta.
  • Penyertaan lebih 2,000 pempamer.
  • Penglibatan 800,000 belia dalam pelbagai program dan aktiviti.
Selain itu, menteri turut menyatakan keyakinan bahawa dengan kerjasama erat semua pihak, MAHA 2026 bukan sahaja akan mencapai sasaran ini, malah mampu melepasi pencapaian terdahulu.
592957720 1153063880337121 4744367289459356823 n

Menarik Minat Generasi Muda dan Inovasi

MAHA 2026 berperanan penting sebagai platform untuk menarik minat anak muda menceburi bidang pertanian, terutamanya selepas Banci Pertanian 2024 menunjukkan jurang generasi yang membimbangkan, di mana 45% penggiat terdiri daripada golongan berusia 60 tahun ke atas, dan hanya 3% dalam lingkungan umur 15 hingga 30 tahun.

Dalam pada itu, penganjuran kali ini menekankan nilai-nilai Malaysia MADANI, khususnya melalui nilai Daya Cipta, dengan merangka pelbagai aktiviti inovatif dan interaktif untuk mewujudkan ‘wow factor’.

Antara tarikan dan pengisian utama yang bakal dinikmati oleh pengunjung termasuklah:

  • Pavilion Negeri, Pameran Agrotek, dan Pameran Bunga.
  • Persembahan Laser dan Air.
  • Agro Safari dan Taman Burung.
  • Fiesta Makanan, Sukan Rakyat, dan Rewang Warisan.
  • Rhythm of the Farmers (ROTF), Sesi Santai Kopi, dan Kiddies Wonderland.

594862393 1153063787003797 4641235476283906783 n

Majlis Pra-Pelancaran ini juga memperkenalkan logo, sasaran, dan maskot MAHA 2026, serta turut menyaksikan sesi pelepasan kenderaan Road to MAHA 2026.

MAHA 2026 akan menghimpunkan petani, usahawan, pelabur, dan penginovasi, membuka peluang dagangan, pelaburan, kolaborasi, dan perkongsian teknologi, sekali gus melancarkan produk dan perkhidmatan inovatif dalam sektor agro.

Sumber : KPKM

Sumber: FB | KPKM
Sumber: LM | Aryl_Je
Sumber: FB | KPKM
Sumber: FB | KPKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.