Menurut Harian Metro, seramai 10 artis dan selebriti lagi ada dalam senarai terbaru yang akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian atas talian.
Sumber berkata, kesemua mereka akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk diambil keterangan masing-masing.
Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal. Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.”
Difahamkan, mereka merupakan rakan kepada isteri suspek utama kes itu dan semalam sembilan individu termasuk dua lelaki instafamous telah dipanggil SPRM.
Mereka dipanggil selepas diberikan tempoh dua minggu oleh SPRM untuk tampil memberikan kerjasama dan diambil keterangan secara sukarela.
Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama.”
Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar.”
Baca: Macau Scam: Sharnaaz Ahmad Bersedia Beri Kerjasama, Pernah Hubungi SPRM Untuk Beri Keterangan