Rakyat negara kita memang orang yang pemurah. Nampak sahaja orang yang memerlukan terus bantuan dihulurkan. Walaubagaimanapun, ada orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan akan perbuatan ini.
Menerusi akaun Twitter @twittervirall, seorang makcik yang selalu nampak meminta sedekah telah dikantoikan perbuatannya. Mungkin korang pernah nampak makcik ni dan terkena, tapi untuk korang yang lain tu, boleh tengok tweet kat bawah ni.
Bertukar macam sesumpah
Admin mula-mula fikir ini mungkin cara dia nak cari rezeki, tapi lepas baca penjelasan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kat Facebook, berubah terus admin punya sangkaan. Cuba korang tengok kat bawah ni.
Haa.. macam mana? Berubah tak fikiran korang? Admin terus rasa hilang kesian kat orang macam ni. Iyelahkan, ambil kesempatan kat orang yang memberi. Ishh geram pulak.
Netizen Bengang
Kalau admin yang kena, admin pun takleh nak buat apa dah. Harap makcik ni berubah je lah, jangan tipu orang, duduk je rumah diam-diam. Cukup bulan orang hulur duit.
Modal sikit je tu jual tisu, untung berlipat ganda. Dengan duit sumbangan lagi. Haish…
Ni betul, kalau niat ikhlas kita yang dapat pahala. Selebihnya tu urusan antara dia dengan Tuhan.
Adoi, kesian kat cik tunang. Tapi kalau orang yang memang hati dia lembut, memang akan terkesan. Lagi-lagi tengok orang tua kan, mestilah sedih. Rupanya kena scam. Adoii.
Baca: “Tak boleh bagi syiling dah lah” – Advance! Pengemis Dekat China Sekarang Terima Online Transfer