in

“Macam sama tapi bukan dia”- Replika Bangunan KLCC Dibina Di India Tarik Perhatian

F2 Klccreplika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangunan berkembar Petronas atau KLCC dan Menara Kuala Lumpur sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Pelancong asing pun kalau datang Malaysia, mesti dorang tak akan lepaskan peluang untuk melawat mercu tanda negara ni kan.

Tahukah anda bahawa di India pula, sebuah replika bangunan KLCC telah dibina di sana dan ia telah menarik perhatian ramai baru-baru ini? Wah, tak sangka dorang suka dengan rekaan KLCC ni kan.


6

Menurut India Today, replika KLCC itu telah dibina di bandar Kalyani, India bersempena dengan festival Hindu Durga Puja.

Difahamkan, festival berkenaan diadakan setiap tahun untuk menghormati Dewi Hindu Durga.

Replika KLCC itu telah dibina setinggi 148 kaki (kira-kira 45 meter) dan ia telah dibina menggunakan bahan seperti kaca, kayu dan papan lapis.

7

Di bahagian luarnya, lampu-lampu juga turut dipasang agar kelihatan sama seperti KLCC pada waktu malam.

Difahamkan juga, seramai 70 orang pekerja telah bekerjasama untuk menyiapkan replika berkenaan.

Sumber: India Today

Baca: Terowong LRT Laluan Kelana Jaya Dibina Bawah Kubur, Ini Misteri Yang Pernah Berlaku!

5

Sumber: India Today
Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.