Zaman sekarang ni, barangan yang ada nilai estetika tersendiri memang amat bernilai. Lagi-lagi kalau barang tu pernah dimiliki oleh orang terkemuka memang harganya lagi tinggi sampaikan ada orang yang cuba untuk mencuri barangan tersebut.
Jadi, untuk artikel kali ni, min nak kongsi dengan korang tentang barang-barang paling mahal dalam dunia yang pernah dicuri. Baca sampai habis tau!
1. The Mona Lisa (2 bilion dolar)
Siapa sangka lukisan potret terkenal ni merupakan barang termahal yang pernah dicuri. Kalau korang nak tahu, ia pernah dicuri oleh Vincenzo Perugia yang merupakan seorang tukang baiki di Muzium Louvre pada tahun 1991.
Operasinya, dia bersama dua orang tukang baiki yang lain menyorok dalam sebuah almari sehingga muzium tersebut tutup lalu mencuri lukisan tersebut. Akan tetapi, barang ni diperoleh semula beberapa tahun kemudian semasa mereka cuba nak jualnya kepada peniaga seni Itali.
2. Bangunan Empire State (1.89 bilion dolar)
Bangunan yang terletak di New York ni bukanlah dibawa lari oleh pencuri. Sebaliknya, hak hartanah ini yang pernah dicuri. Pada Disember 2008, para wartawan New York Daily News telah memfailkan kertas kerja palsu untuk memindahkan surat ikatan bangunan itu secara sah.
Dakwa mereka, terdapat kelemahan undang-undang mengenai cara bandar tersebut merekodkan transaksi. Namun begitu, bangunan ke-43 tertinggi di dunia ni telah dikembalikan kepada pemilik asalnya manakala undang-undang tersebut telah diperketatkan.
3. The Davidoff-Morini Stradivarius (3.5 juta dolar)
Biola yang merupakan alat muzik ni pun berharga jutaan ringgit! Tengoklah siapa pembuatnya yang merupakan tukang membaiki alat bertali terkenal di Itali iaitu Antonio Stradivari.
Pemilik terakhirnya, Erica Morini yang merupakan seorang pemain biola yang terkenal telah meninggal dunia tak lama selepas biola tu dicuri dari apartmennya di New York. Sehingga kini, barang tersebut masih tak dijumpai. Yang menariknya, kes kecurian biola ni berada dalam senarai top 10 jenayah seni FBI.
Artikel berkaitan: Rosmah Mansor Disaman Syarikat Berlian Lubnan RM67.56 Juta Sebab Hilangkan Barang Kemas
4. Selipar Merah Delima Dorothy (2 – 3 juta dolar)
Selipar merah ini digunakan oleh watak Dorothy dalam filem The Wizard of Oz yang diterbitkan pada tahun 1939. Ia juga merupakan barang bernilai yang pernah dicuri walaupun ianya hanyalah prop dalam filem.
Pada tahun 2005, ia telah dicuri dari Muzium Judy Garland, Minnesota yang juga merupakan nama pelakon watak tersebut. Akan tetapi, atas jasa pihak FBI dan penderma dari Arizona yang menawarkan satu juta dolar kepada sesiapa yang jumpa selipar ni, ianya berjaya diperoleh semula pada September 2018.
5. The Scream (120 juta dolar)
Satu lagi lukisan termahal, The Scream juga pernah dicuri dari Galeri Nasional di Oslo, Norway pada tahun 1944. Pada awalnya, sekumpulan penjenayah yang mencuri lukisan ni telah menuntut wang tebusan satu juta dolar kepada pihak berkuasa.
Namun, mereka tak berjaya mendapatkan wang tersebut, malah telah ditangkap oleh polis dan lukisan tersebut pun dikembalikan ke galeri itu.
Kalau nak tahu, lukisan ni merupakan hasil seorang pelukis terkenal, Edvard Munch yang mencipta empat versi The Scream ini di mana versi termahalnya berharga sehingga 120 juta dolar!
6. Tulang Dinosaur (1 juta dolar)
Kalau cerita pasal tulang dinosaur yang asli ni, memang tinggilah harganya. Seperti barang di atas, ia juga pernah menjadi barang curian oleh seorang lelaki bernama Eric Prokopi.
Entah macam mana, dia berjaya seludup lebih daripada setengah dozen tulang dinosaur dari Mongolia ke Amerika Syarikat yang berharga lebih dari satu juta dolar. Akan tetapi, dia berjaya ditangkap oleh FBI dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan manakala tulang-tulang yang diseludup telah dikembalikan pada Mongolia.
7. Loceng 1360 Kilogram
Loceng tembaga seberat 3 ribu paun ni pun telah dicuri dari dalam Biara Buddha orang Vietnam yang terletak di Tacoma, Washington pada 2005.
Dikatakan, pencuri telah bawa lari loceng ni dengan menggunakan sebuah forklift ketika para sami sedang bermeditasi dalam biara. Namun begitu, setelah tiga tahun dicuri akhirnya, loceng tersebut telah didapati semula ketika pencuri tu cuba untuk jualnya.
Menurut ketua sami-sami tersebut, Thich Phuoc Toan, loceng yang hanya digunakan pada waktu-waktu khas itu sangat tak ternilai harganya.
Artikel berkaitan: Gemar Bergaya Dengan Pakaian Berjenama, Lelaki Kantoi Suka Curi Barangan Mewah
8. Telur Fabergé (1 juta dolar)
Barang ni bukan sembarangan kerana ia merupakan telur yang ditatahkan dengan pelbagai permata dibuat khas untuk keluarga diraja Rusia dari tahun 1885 hingga revolusi tahun 1917 dulu.
Pada awalnya, keluarga tersebut mempunyai 50 buah telur namun, disebabkan mereka kalah ketika revolusi Bolshevik, hanya tujuh buah je yang berjaya diselamatkan dan disimpan dalam muzium. Telur lain yang hilang pula dipercayai telah dicuri oleh penjenayah.
9. The Saliera (57 juta dolar)
Arca emas yang berukuran 25cm ni telah dibuat oleh Benvenuto Cellini khas untuk Raja Perancis, Francis I pada abad ke-16 yang digunakan untuk memegang garam dan lada. Ia juga pernah dicuri dari sebuah muzium di Vienna pada 2003 dan hilang selama bertahun-tahun. Namun begitu, akhirnya polis berjaya menemui pencuri tersebut sekali dengan arca ini.
10. The Concert (200 juta dolar)
Ini bukan konsert yang korang selalu pergi tapi, ia merupakan sebuah lukisan terkenal yang dihasilkan oleh pelukis Belanda, Johannes Vermeer pada suatu masa dulu.
Pada 1990, ia merupakan salah satu dari 12 lukisan yang dicuri dari Muzium Isabella Stewart Gardner, Amerika Syarikat. Bila ditambah hasil semua curian tu, ia dianggarkan berada sekitar 500 juta dolar di mana lukisan Vermeer sendiri ni pun bernilai 200 juta dolar.
11. Kamar Amber (142 – 500 juta dolar)
Kamar yang dibuat untuk Raja Prussia pada awal abad ke-18 ni boleh dikatakan sebagai ‘8 Keajaiban Dunia.’ Sebabnya, kamar ni sangat bersinar dan cantik kerana ia dipenuhi dengan emas dari atas sampai bawah.
Pada tahun 1941, ia telah dicuri oleh Nazi dan dipindahkan ke Istana Königsberg di Timur Prussia. Dikatakan, kamar tersebut hancur bersama istana tu pada 1945 namun, beberapa pakar menyatakan bahawa kamar ni telah diselamatkan dan mungkin disembunyikan di suatu tempat.
Sumber:HistoryA2Z, MSN