in

“Macam ni pun diorang happy” – Sukarelawan Malaysia Baik Hati Kongsi Biskut Dengan Pelarian Syria

syria 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya, kita perlu menghargai usaha mereka yang menabur bakti menjadi sukarelawan untuk membantu saudara seislam di negara yang ditindas seperti Palestin, Syria dan sebagainya. Walaupun usaha itu dianggap kecil bagi segelintir orang, namun besar kesannya kepada mereka yang menerima bantuan.

Satu perkongsian oleh @bukanharoqs di TikTok memaparkan dirinya yang menjadi sukarelawan di kem Mafraq, Jordan. Dia ketika itu sedang berkongsi biskut dan coklat kepada seorang kanak-kanak pelarian Syria.


Kongsi biskut, nampak gembira budak tu!

Dalam video tersebut, Haroq tidak berkira untuk memberikan sekeping biskut yang dicalit bersama coklat kepada dua orang budak lelaki. Jelas pada wajah, mereka berdua nampak sangat gembira ketika makan jajan tersebut sambil menunjukkan ‘tanda suka’ pada tangan masing-masing.

Artikel berkaitan: “Untuk saudara kita” – Pemuda Sertai Misi ‘Airdrop; Ke Gaza, Sediakan Bantuan Di Jordan

Artikel berkaitan: “Ramainya orang baik” – Kereta Remuk Kena Langgar Lari, Netizen Puji Ramai Berlumba Hulur Bantuan

Melalui kapsyennya pada video itu, Haroq mungkin pernah ditanya oleh rakan-rakannya mengenai usahanya ke sana sini sebagai seorang sukarelawan yang semestinya perlu mengeluarkan wang sendiri. Namun, bagi Haroq ‘pembaziran’ itu berharga baginya.

@bukanharoqs

membazir mcm ni salah ke ? #fyp #haroqs #haroqsstyle #haroqsmedia #haroqstravel #haroqsreview #haroq #clientharoq #flchildrity #haroqsfl

♬ viva la vida by coldplay – angelina ??

Ada bina sekolah kabin

Menerusi portal WORLD OF BUZZ, Haroq yang menyertai aktiviti sukarela ‘Childrity’ bersama pempengaruh media sosial Farah Lee berkata, ia merupakan pengalaman kedua dirinya menjadi sukarelawan di situ. Menurutnya, kanak-kanak dan keluarga Syria melayan mereka dengan baik walaupun serba kekurangan

Saya hanya sukarelawan di sana, dan ini kali kedua saya melawat kem itu. Kami bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan malah barangan penting serta memberi sokongan emosi.

Sebagai sukarelawan di situ, ‘Childrity’ juga ada membina sekolah kabin berhampiran dengan rumah keluarga pelarian Syria sebagai usaha menjadikan pendidikan penting untuk kanak-kanak.

Besar pahala mereka yang jadi volunteer ni..

Sumber: TikTok, WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.