in

Macam Ni Pun Boleh Buka Restoran?

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tularnya video pekerja restoran basuh pinggan dalam air lopak, Raj’s Banana Leaf telah diarahkan supaya ditutup semalam. Restoran tersebut dihujani kritikan netizen yang dah trauma nak makan nasi daun pisang lepas menonton video tu.

Menurut WORLD OF BUZZ, insiden tersebut tidak mengejutkan kerana restoran tu ternyata gagal mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan ketika diperiksa oleh Kementerian Kesihatan.


Polis 2
sumber: wob

Pemilik Raj’s Banana Leaf kini telah menerima tiga notis pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Ini adalah kerana staff yang bekerja di restoran tersebut tidak menerima vaksin anti-kepialu dan tidak menghadiri latihan pengendalian makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa notis tersebut dikeluarkan kerana restoran berkenaan turut gagal menyediakan kawalan serangga perosak. Ini menyebabkan Raj’s Banana Leaf gagal berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Kedia
sumber: wob

Selain diarahkan tutup oleh DBKL, restoran terbabit menerima notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 selepas diperiksa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.

“Kementerian akan menjadikan pemeriksaan terhadap premis makanan sebagai rutin,” kata Noor Hisham.

Dia juga memaklumkan bahawa 5,587 daripada premis-premis yang wujud, termasuk restoran dan cawangan penjualan makanan didapati tidak bersih dan terpaksa ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Sebanyak 40,288 denda juga dikeluarkan kepada pemilik-pemilik premis yang tidak mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Capture 9
sumber: wob

Lepas hal ni tersebar, ramai yang keliru macam mana restoran yang gagal berdaftar dan kotor macam ni boleh beroperasi.

“Macam ni pun boleh buka restoran ke?” kata seorang netizen.

“Kalau cuci pinggan pun macam tu, macam manalah dorang cuci bahan masak?”

“Jijiknya! Kena wajibkan CCTV di dapur-dapur dan tempat cucian dalam kedai.”

Banyaknya restoran yang tak ikut peraturan kebersihan premis. Admin pun dah trauma dah ni nak makan nasi daun pisang lepas tengok video tu. 

Baca: 6 Salah Laku Selalu Jadi Kat Kedai Mamak Tapi Sebenarnya Salah Di Sisi Undang-Undang

1111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.